” Alamak muka Urwa macam Umie dia lah, cantik sangat.. ” – Netizen

Berkongsi Video Terbaru Baby Urwa Yang Comel Dan Putih Melepak, Nadzmi Adhwa Luah Rasa Rindu Kepada Anaknya. Alahai Kenapa Tu Nadzmi, Semoga Terus Bersabar Ya Nadzmi !!

Drama Hati Perempuan merupakan drama yang menaikkan nama pelakon Nadzmi Adhwa, dalam drama tersebut beliau telah memegang watak sebagai Tengku Zaqif. Melalui drama ini jugalah Nadzmi telah dikenali oleh peminat setia drama-drama melayu.

Umum mengetahui bahawa Nadzmi telah mendirikan rumahtangga bersama sahabat baiknya iaitu Ardell Aryana. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 1 september 2019 yang lalu dan mereka telah dikurniakan seorang cahayamata perempuan.

Cahayamata sulung mereka lahir pada 5 Jun yang lalu, bayi perempuan yang sangat comel ini diberi nama Arwa Malaikha Urwa. Secantik nama dan seindah makna, itulah maksud di sebalik nama bayi ini. Memang sangat sesuai nama ini dengan tuan punya badan yang sangat cantik dan comel.

Menjengah ke instagram milik Nadzmi yang dalam kerinduan, beliau telah memuatnaik video anaknya baby Urwa. Difahamkam Nadzmi berada di luar kawasan atas urusan kerja dan mereka terpaksa berjauhan. Menurut Nadzmi lagi ini adalah pertama kali setelah kelahiran Urwa mereka terpaksa berjauhan.

Mari kita lihat video si comel Urwa yang dikongsi oleh Abinya :

Gambar comel baby Urwa ini turut mendapat komen daripada rakan artis dan juga peminat, antara komen yang diberi ialah :

” MasyaAllah so cute.. ” – Daler Yusof

” Comel nya dia.. ” – Hairul Azreen

” Comelnyaaa subhanallah, putih gebu.. “

” Comelnye mulus sangat kulit. Ger4mm.. “

” Subhanallah cantiknya kamu Urwa. Putih bersih je kulit.. “

” Alamak muka Urwa mcm umie dia lah, cantik sangat.. “

” Muka umi dia. Semoga sihat sentiasa yee baby. Comey sangat.. “

Ya Allah putih gebunya baby Urwa ni, wajah comel dan cantik persis wajah uminya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga baby Urwa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Semoga Nadzmi dan Ardell bahagia bersama hingga ke Jannah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nadzmi Adhwa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..