” Alamak comel, semua dia nak ajak datang rumah makan pizza.. ” – Netizen

Jovian Mandagie Kongsi Video Berlakon Dengan Anaknya Jeanelle. Part  Jeanelle Tak0t Kepada ‘Atuk Croc0dile’ Buat Netizen Terhibur.  Oh Baby J, You Make My Day Baby, So Funny !!!

Jeanelle Nika Mendagie merupakan satu-satunya puteri kesayangan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan isterinya Nina Ismail Sabri. Untuk makluman, Nina merupakan anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Dato Seri Ismail Sabri Yaakob. Puteri comel ini telah pun berusia tiga tahun pada tahun ini.

Seperti selebriti lain, Jovian dan Nina turut membuka akaun Instagram buat anaknya Jeanelle sejak puterinya ini lahir lagi. Sehingga kini akaun Instagram Jeanelle telah pun mencecah 136 ribu followers. Comel dan kepetahan Jeanelle membuatkan si cilik ini seringkali menarik perhatian ramai.

Gambar dan video Jeanelle juga seringkali dikongsikan di laman Instagram miliknya sendiri dan juga milik ayahnya Jovian Mandagie. Kebanyakan posting yang dimuatnaik oleh mereka adalah mengenai telatah Jeanelle yang mencuit hati akan mendapat tontonan yang tinggi. Jeanelle juga diberi gelaran Miss Lim di media sosial.

Menerusi laman Instagram Jovian Mandagie, sebuah posting berbentuk video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Jeanelle sedang membaca sebuah buku berkenaan crocodile. Jovian yang berada bersama anaknya itu mula berbual-bual mengenai keluarga crocodile dan mereka berimiginasi menjadi keluarga crocodile.

Menariknya, apabila Jovian meminta anaknya itu menghubungi Mommy crocodile untuk datang ke rumah. Dengan segeranya Jeanelle berlakon menghubungi Mommy crocodile  dan menjemputnya untuk makan pizza. Sehinggalah Jovian meminta anaknya itu menghubungi  ‘Atuk’ crocodile, dan kali ini Jeanelle kelihatan tak0t dengan Atuk crocodile.

Jom tonton video Jeanelle berlakon menjadi watak di dalam cerita kartun tersebut dalam video IGTV di bawah ini :

Kepetahan dan kelucuan Jeanelle di dalam video tersbeut telah menarik perhatian netizen. Mereka memuji Jeanelle yang bijak bercakap. Ini antara komen-komen mereka :

” Alamak comel semua dia nak ajak come to my house mkn pizza.. “

” Omggggg, baby J. Your are so clever,You make my day baby funny..”

” Hi baby crocodile. U’re so cute. Very clever girl.. “

” So cute miss lim. U make me happy today. Clever girl.. “

” So cute, Saat2 ni la kita perlu simpan sebagai memori, Nanti dh besar lain cerita tgl memori je.. “

Wah, pandai sangat Jeanelle ni berlakon ye. Sama naik dengan ayah. Ini salah satu cara berkomunikasi yang baik di antara ibu bapa dan anak-anak kecil.Mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Berbual dan berkongsi cerita dengan anak-anak akan lebih menjadikan otak mereka berkembang dan berfikir dengan lebih baik.

Memang seronok melihat Jeanelle berlakon bersama ayahnya. Lagi-lagi Jeanelle yang berpetah berkata-kata. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Jeanelle membesar dengan baik dan berbakti kepada kedua ibubapa dan keluarga. InshaAllah..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jovian Mandagie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..