” Alahai sweetnya dua beradik ni. Untung Mawar.. “

Cara Mawar Rashid Layan Anak-Anak Tiri Buat Ramai Tersentuh. Part Yang Chanela Berceloteh Tu Comel Sangat !!

Nama pelakon cantik Mawar Rashid atau pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid tidak perlu diperkenalkan lagi. Umum mengetehui Mawar telah berkahwin dengan pelakon Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau lebih dikenali dengan nama Raf Yaakob pada 9 November 2017.

Pada bulan Mac 2019 yang lalu Mawar telah selamat melahirkan anak sulungnya bersama Raf yang diberi nama Raden Muhammad Rafael. Ramai yang sedia maklum Raf Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Raf mempunyai 2 orang cahaya mata yang bernama Raden Ahmad Rayyan, 8 tahun  dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4 tahun. Hubungan Mawar sangat rapat dengan kedua-dua anak tiri yang dianggap seperti anaknya sendiri. Malah Rayyan dan Chanela sangat manja dengan Mawar.

Menerusi akaun Instagram, Mawar berkongsi video bersama anak-anaknya dan dalam masa yang sama Mawar meluahkan rasa sebak dan terharu memiliki anak-anak seperti Rayyan dan Chanela. Nampak keikhlasan pada wajah masing-masing yang terpancar rasa kasih sayang yang suci murni.

Baca perkongsian Mawar dan tonton video di bawah :

” Anak2 ku yang baik. Setiap kali doa, mommy mesti doa jadikan lah anak2 ku anak yang soleh & solehah.. “

” Setiap kali diorang buat kebaikan and perilaku yang baik2 hati Mawar mesti bergetar sebak kerana terharu atas kebaikan yang Mawar nampak datang dari hati mereka sendiri. Alhamdulillah.. “

Rata-rata peminat tersentuh dengan kemesraan Mawar bersama anak-anak tirinya. Antara komen-komen peminat :

” Awwwhhh.. Untung Mawar.. they are just such a sweet angels.. “

” Alahai… sweet nye dua beradik ni.. pandai mak ayah mereka didik.. semoga jadi anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapa.. “‘

” Hadoi chanella ni memuji sokmo laaa… ger4m tgk nye… Suka tgok bond mawar ngn family.. sweet je.. “

” Keletah kakak ye.. bila dia sebut abang tu.. nmpk kasih sayang dia.. semoga jd ank2 yg baik.. bertuah Rafael ada abg n kakak mcm diorang.. so caring n loving each other.. “

” Sooo bijak and sooo kind, blh nampak nilai2 murni yg ada dlm diri mereka. Such a good kids.. “

” Bijak tol your daughter…. omg im so in with her… so smart…. and loving kakak too.. “

” Mawar is a good mom.. may Allah Grant u jannah dear for ur kindness. bukan saja cntik tp u have beautiful heart.. sincerely from kakak to u dear mawar.. “

” Auwwww… she so cute…. comel sgt si kakak tu sayang adik syg abg syg mummy daddy… ayat die touching sgt.. “‘

” Abg can i k1ss you, sweetnya hope smpai besar x put0s kasih syg utk fmly ni.. “

” Mummy yg sngt baik.. penuh dgn pujian utk ank2.. proud of you Mawar.. “

” I kat sini pun terharu la Ksha.. You’re such an amazing.. Adorable.. Sweet sister everrrr… pandai Raf & Mawar didik anak2 jadi penyayang.. Berebut2 nak buat yg the best for mummy rose & baby Rafael.. So touching la.. “

Rasa tersentuh menonton video kemesraan hubungan Mawar dengan anak-anak tirinya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga hubungan Mawar dan Raf bahagia sampai ke syurga bersama-sama anak-anak tersayang. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid by Berita Kopak / Content Media

Artihel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..