“Alahai, comelnya tangan baby Wuvv. Tahniah Ayda dah jadi mummy.. ” – Netizen
Perkongsian Gambar Pertama Oleh Ayda Jebat dan Nabil Mahir Setelah Bergelar Ibu Bapa. Wahh Nampak Happy Betul Wajah Nabil Setelah Bergelar Bapa. Tahniah Nabil Dan Ayda !!
Semalam, meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Ayda Jebat ada berkongsi berita bahawa dia bakal melahirkan cahaya matanya pada waktu petang dan awal seminggu dari tarikh yang dirancang. Malah Ayda juga memohon kepada semua agar mendoakan segala urusan bersalinnya dipermudahkan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Ayda dan juga suaminya, Nabil Mahir, masing-masing telah berkongsi berita gembira akan kelahiran anak pertama mereka. Menerusi perkongsian pasangan ini, mereka telah dikurniakan seorang bayi perempuan.
Ayda turut berkongsi masa kelahiran dan berat puteri sulungnya. Selain itu, Ayda juga berkongsi sebahagian gambar tangan anaknya. Manakala Nabil pula berkongsi gambar sedang memangku anaknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan isterinya serta anak mereka.
Nabil sempat berkongsi pengalamannya semalam setelah bergelar bapa dan menjaga bayinya. Melihat wajah Nabil pada perkongsian gambarnya itu, jelas terlihat betapa bahagianya Nabil setelah bergelar seorang bapa.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, pasangan ini telah menerima ribuan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis serta peminat mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tengok tangan dah tahu kuat macam Nana , Ayda Jebat.. ” – Sheila Rusly
” Alhamdulillah, dah jd mak.. ” – Roy Azman
” Congratulationsss. Welcome to the world babyluv.. ” – Dayana Roza
” Congratz mama Ayda dan papa Nabil, semoga jadi anak yang solehah, amin.. ” – Alif Farhan
” Alhamdulilah tahniah kak for baby girl, semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah buat kak Ayda dan abg Nabil.. “
” Wahh tahniah Ayda. Pasni dah tak boleh panggil adik laaa, sbb adik kena panggil baby. Selamat berp4ntang ya.. “
” Alahai, comelnya tangan baby Wuvv. Tahniah Ayda dah jadi mummy. Semoga segalanya dipermudahkan, jaga diri, selamat berehat.. “
Alhamdulillah, selamat ibu dan anak. Kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Ayda dan Nabil atas kelahiran cahaya mata pertama mereka. Semoga anak ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ayda Jebat, Nabil Mahir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..