” Alahai comelnya. Dah besar nanti mesti Alicia BFF yang gil4-gil4.. “

Video Gelagat Lara Alana Dan Kawannya, Alicia Ketika Pergi Ke Sekolah Mencuit Hati Netizen. Amboi, Bermacam Gaya !!

Lara Alana merupakan permata hati tunggal pasangan selebriti Malaysia iaitu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Lara dilahirkan pada 22 Julai 2014. Pada tahun ini genaplah umur Lara 6 tahun. Seperti selebriti lain juga, Scha dan Awal membuka akaun media sosial khas untuk anak mereka sejak lahir lagi.

Lara salah seorang anak selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai sehinggalah Lara memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular pada tahun 2016. Gelagat dan kepetahan Lara membuatkan ramai peminat mengikuti kehidupan Lara.

Terdahulu, Lara pernah terlibat dengan satu program realiti televisyen untuk siaran Astro bertajuk Lara oh Lara. Rancangan itu mengisahkan kehidupan Lara dari kecil yang dibesarkan oleh ibu dan bapanya. Program tersebut ditayangkan pada tahun 2016.

Menerusi akaun Instagram, video Lara bersama sahabat baiknya, Alicia telah dimuatnaik. Lara dan Alicia pergi ke sekolah dengan menaiki kereta dan sepanjang perjalanan mereka membuat pelbagai aksi yang menghiburkan netizen.

Tonton video di bawah :

” Everyday is a party bus on our way to School. Love you @aliciabedi.. “

( Klik butang KANAN > untuk menonton video yang seterusnya.. )

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua sahabat ini. Antara komen-komen mereka :

” Comel Lara “

” Perangai budak2 nie, but toooooo cute.. “

” Alahai comelnya. Da besar nanti mesti Alicia bff yang gila2. Lara bff yang sopan2 gituwww.. “

” Semuga kekal hingga dewasa… Jadi ank2 yg baik yer.. “

” Makin comelll La.. “

” Wahhhhhh  wht the happiest party ever.. “

Amboi bukan main seronok lagi Lara dan Alicia hendak pergi ke sekolah. Nampak begitu gembira dan teruja untuk ke sekolah. Adalah sangat bagus jika anak gembira dan rajin untuk belajar. Kepada Lara Alana, belajar bersungguh-sungguh ye !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lara Alana by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..