” Alaaa comel betul, masa dia lari pat4h balik tu.. “

Video Datuk Siti Nurhaliza Terhenti Saat Buat Show Bila Dengar Anaknya Aafiyah Panggil Di Bawah Pentas. Reaksi Spontan Dari Datuk Siti Selepas Itu Sangat Tidak Disangka. Buat Penonton Bersorak !!

Tidak perlu diperkenalkan lagi penyanyi Nombor 1 di Malaysia ini. Sebut sahaja Datuk Sri Siti Nurhaliza, pastinya ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja memiliki kecantikan semulajadi, malah sikapnya yang lemah lembut dan bercakap penuh sopan ini menjadikannya sangat disenangi untuk didekati.

Umum mengetahui Datuk Sri Siti Nurhaliza telah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Siti Aafiyah. Keletah Aafiyah yang manja dan bijak, membuatkan ramai yang terhibur.

Kehadiran Aafiyah sangat memberi makna kepada keluarga Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Penantian selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya hadirlah Aafiyah sebagai penyeri dan keceriaan. Anugerah terindah yang tidak ternilai buat keluarga ini.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram Aafiyah Khalid, sebuah video telah dimuat naik. Video tersebut memaparkan Datuk Siti Nurhaliza sedang membuat persembahan di atas pentas. Ketika beliau bercakap dengan penonton, kedengaran anaknya, Aafiyah memanggilnya di bawah pentas.

Apa yang menariknya, reaksi dari Datuk Siti Nurhaliza terhadap anaknya Aafiyahnya sangat tidak disangka. Datuk Siti Nurhaliza terus sahaja bercakap dengan anaknya di bawah pentas. Audiens yang berada di situ bersorak dan ketawa melihat reaksi Datuk Siti dan anaknya Aafiyah yang sangat comel.

Di bawah ini adalah sedutan daripada video tersebut :

Datuk Siti Nurhaliza : ” Dan saya percaya, saya berada di sini pun kerana.. “ ( terhenti kerana Aafiyah memanggil ibunya )

Datuk Siti Nurhaliza : ” Ye Aafiyah, ibu janji lepas ibu habis show ni.. sabar ye Aafiyah ibu nak kerja kejap.. “

Aafiyah yang mendengar ibunya berkata begitu terus berlari menuju kepada pengasuhnya.

Ini adalah posting yang dimuat naik di alama Aafiyah Khalid :

” Baik ibu, Siapa tengok post ni double tap #aafiyahanakibu #ibuaafiyah #babyctdk #ctdk #sitinurhaliza #ctnurhaliza #datositinurhaliza #datosrisitinurhaliza #datoserisitinurhaliza #ctaafiyah #ctaafiyahkhalid #sitiaafiyah #sitiaafiyahkhalid #aafiyahkhali.. “

Rata-rata peminat Aafiyah memuji kecomelan dan kebaikan yang ada pada dirinya. Ini komen-komen mereka :

” So cute aafiyah.. Achik ulang lima nam kali sebab nak dengar suara aafiyah.. Good girl.. “

” Baiknya afiyah ank ibu.. “

” Good girl Aafiyah sayang.. “

” Comel laaaa.. “

” Aafiyah smart princes.. love love.. “

” Alaaa comel betul, masa dia lari pat4h balik tu “

Alahai baiknya Aafiyah dengar je cakap ibu. Melihat anak-anak membesar dengan baik dan ceria sememangnya menjadi kebahagiaan kepada setiap ibu bapa di dunia ini. Begitu juga dengan Datuk Siti Nurhaliza. Pastinya beliau ingin berikan yang terbaik untuk anaknya kesayangannya itu.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah terus membesar dengan sihat dan dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Datuk Siti Nurhaliza, Aafiyah Khalid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..