” Ala tengok 10 kali pun tak puas.. ” – Netizen

Video Ayya Soffya Ketawa Riang Diagah Wawa Zainal Buat Peminat Terhibur. Hilang Stresss Tengok Ketawa Si Comel Ni. Suara Ketawa Tu Panjang Betul. Comel !!

Puteri kedua pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini memiliki wajah yang sangat comel. Matanya yang bulat bersinar dan alis matanya yang hitam kelihatan sangat menawan. Namanya diilhamkan ketika percutian mereka ke Turki mengambil nama salah sebuah masjid di sana.

Diberi nama Ayya Soffya, anak comel ini dilahirkan Disember tahun lalu. Membesar dengan sihat dan cukup sempurna, wajah Soffya semakin hari semakin buat peminat ger4m. Dari bulan ke bulan, semakin terserlah wajahnya yang mirip Wawa.

Lesung pipit di pipinya buat Soffya lagi terlihat seperti ibunya itu. Rambut hitam dan lebatnya juga menaikkan lagi seri wajah Soffya. Sedar tidak sedar sudah 6 bulan usia si comel. Semakin ceria dan gembira, ketawa Soffya cukup menghiburkan seisi keluarga.

Menerusi akaun Instagram Ayya Soffya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayya yang seronok bergelak ketawa ketika diagah oleh ibunya, Wawa. Wajah comel dan gelak Soffya ini menarik perhatian peminat. Makin hari makin comel la si Soffya ni. Gelak tu menghiburkan betul !!

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Soffya ini meraih perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :

” Ee tautau dah besar dah awak.. “

” Comelnya Wawa Junior ni.. “

” Ma shaa Allah comel sangat ! Tak puas tengok.. “

” Amboii sukanya copiaa.. Comelnya seketul copia.. ”

” Bukan sekadar senyuman.. Ikut gelak sama pun ada.. SubhanAllah Comell sgt.. “

” Ya ampunnnn.. Macam anak patung Turkey.. Lawa dan cute sgtt ni.. “

” Melting auntie tengok awak gelak.. Kita pun tersenyum jugak tengok dia.. “

” Ala tengok 10 kali pun tak puas.. “

Gelak Soffya dengan senyum manis tu alahai boleh buat ramai cair ni. Peminat pun tak sabar menunggu Soffya besar pasti cantik macam Wawa. Apa pun, semoga Ayya Soffya sentiasa dilindungi Allah dan membesar dengan sihat selalu hendaknya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayya Soffya 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..