” Ala cute je adik beradik ni. Yang belakang tu comelnya.. ” – Netizen

Kongsi Perbezaan Gambar Semasa Kecil Dan Terkini, Wajah Adik Beradik Sharifah Amani Jadi Perhatian. Muka Semua Tak Berubah, Comel – Comel Semuanya !!

Nama adik beradik Sharifah Sister bukan asing lagi dalam dunia seni. Anak kepada Fatimah Abu Bakar, bekas tenaga pengajar rancangan realiti TV Akademi Fantasia ini kesemuanya adalah perempuan. Terdiri daripada Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.

Mereka sekeluarga yang mempunyai bakat seni aktif dalam dunia lakonan. Ibunya Fatimah antara pelakon utama siri drama fen0mena Nur. Manakala Aleya, Amani, Aleysha dan Aleya juga tidak kurang hebat bakat lakonan mereka. Menjiwai watak yang diberikan dengan baik dan sempurna, nama mereka diingati peminat.

Memandangkan kesemuanya perempuan, ikatan adik beradik ini sangat akrab. Tambahan lagi mereka semuanya berperangai yang sama, ceria dan happy go lucky. Apabila kesemuanya berkumpul, pasti kec0h jadinya dengan gelagat serta gurauan mereka adik beradik.

Menerusi akaun Instagram, Sharifah Amani telah berkongsikan satu video yang memaparkan mereka 4 beradik menggayakan kembali aksi ketika mereka kecil. Apa yang menarik adalah wajah mereka yang sejak dari kecil sehingga sekarang yang tidak jauh bezanya. Comel semuanya !

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka:

” Cute nya… berulang-ulang tgok. you all are sho cutee.. ” “

” Ya Allah. this is the cutest lah.. Muka 1 pesen semua.. Cute je.. “

” And all havent changed much. takda perubahan langsung… korang so cute.. “

” Ala cutee je adik bradik ni. yg blkg tu comelnya masa kecik.. “

” Suka tgk korang adik beradik. Saling memahami.. “

” Bagus sama je muka adik beradik… MMG terbaik.. “

Tak banyak berubah wajah adik beradik Sharifah ni. Masing-masing dengan muka baby face tetap comel walaupun sekarang sudah dewasa dan meningkat usianya. Apa pun, semoga Sharifah Sisters ini sentiasa berbahagia dan gembira bersama selamanya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Amani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..