” Aku seorang yang kas4r, gan4s, acah2 mach0 tapi bila dengar lagu ni sumpah aku jadi cair.. “

Video Muzik Lagu Jadikan Aku Halal Buatmu Nyanyian Zulin Aziz Buat Ramai Yang Sebak, Sampai Ke Hati !!

Nama pelakon dan pengacara berbakat besar Zulin Aziz tidak perlu diperkenalkan lagi. Zulin turut dikenali pandai dan berkebolehan untuk meniru suara artis lain. Gaya percakapan atau nyanyian memang hampir sama dengan penyanyi asal yang ditirunya.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 20 finalis.

Ramai yang mengetahui sikat Zulin yang seorang yang ceria dan sentiasa tersenyum. Namun siapa tahu apa yang tersirat di sebalik hatinya. Hanya dia dan orang-orang yang terdekat sahaja yang mengetahuinya selain Allah.

Menerusi akaun Instagram, Zulin memaklumkan muzik video lagu Jadikan Aku Yang Halal ciptaannya telah dimuatnaik di Channel Youtube Seventeen Eleven Music. Lagu ini Zulin nyanyikan bersama Iqa Nasra yang merupakan peserta Mentor 5, anak didik Edry KRU.

Menurut Zulin, lagu ini berkisahkan tentang seorang wanita yang kena ‘friend zone’ dengan lelaki yang disukainya. Dalam masa yang sama lelaki itu menyukai wanita lain.

Liriknya sangat menyentuh hati, melodinya mampu mengusik jiwa dan dinyanyikan dengan penuh penghayatan serta ditambahkan lagi dengan penampilan dan lakonan mantap pelakon Aeril Zafrel membuatkan video muzik ini menjadi viral.

Sehingga kini, video ini ditonton sebanyak 47 ribu lebih sejak ianya dimuatnaik di Youtube jam 9 malam tadi. Jom baca perkongsian Zulin di bawah :

Jadikan Aku Yang Halal. Saya cipta sendiri lagu ini. Cerita tentang kena friend zone. Namun Allah sebaik2 perancang.. “

” Allah lebih tahu yg mana terbaik utk kita. Bila kita redha dengan ketentuan Allah, Allah pasti hadiahkan kita sebuah ganjaran. Sabar itu besar berkatnya.. “

” S4kitnya kena friend zone. Tgk full kat Youtube Channel 17eleven Music #jadikanakuyanghalal.. “

Rata-rata peminat sebak mendengar lagu dan menonton video muzik Zulin yang dimuatnaik di Youtube. Antara komen-komen peminat :

” Bila lagu ditulis dengan ketulusan hati yg paling tulus dan dismpaikan dengan Rasa yg sampai buat pendengar.. Ya Allah kau permudahkanlah Untuk kami semua.. Kurniakan Jodoh yang mampu membimbing kami ke Syurga Mu Aamiinn.. “

” Permudahkan lah jika dia milikku.. Kau satukanlah sehingga jannahMu.. perkenankanlah segala doaku.. ya Allah kabulkan doaku…. “

” Zulin tak penah mengecewakan….sampai sgt ape yg diluahkan…teruskan zulin…insyaAllah ada yang lagi terbaik buat mu… “

” Congrats Zulin.. Falling in love with your songs again n again.. My multitalented girl since Pilih Kasih.. May Allah bless you n grant you with all the happiness in duniya and akhirat.. May you found somone that will love you just the way you are.. “

” Zulin artis yg mampu membuat pendengar muzik menitiskan air mata… daripada lagunya dan ketika itu lagi buat org sebak…. penghayatan dia fuh.. “

” Saya seorang yang kas4r, gan4s, acah2 mach0.. tapi bila dengar lagu ni sumpah saya jadi cair.. lagu macam ni yang dikatakan lagu yg ada soul.. “

” Ya Allah, sedihnya MV jadikan aku yang halal ni. Doakan saya dapat jodoh yang baik2. Dan doakan saya jiga agar saya jadi lebih baik dan soleh, so that mudah utk saya dpt jodoh yang lebih baik.. “

Terbaik Zulin, sangat berbakat. Mengacara boleh, berlakon boleh, menyanyi pun boleh. Ramai sedia maklum sebelum ini Zulin pernah berkawan dengan beberapa lelaki malah Zulin pernah membuat persiapan perkahwinan dengan seorang jejaki tetapi akhirnya jodoh tidak menyebelahinya. Apa yang berlaku pasti ada hikmah.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zulin tabah dengan semua ujian yang Allah berikan. Bak kata Ustaz Ebit, Allah uji sebab Dia sayang. Semoga Zulin dipertemukan dengan seorang lelaki yang boleh membimbing Zulin ke jalan yang diredhai Allah.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulin Aziz, Youtube Seventeen Eleven Music by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..