” Aku ingatkan Cakra Khan yang bercakap, rupanya Bell. Suara sama.. “

Parodi ‘Big Stage’ Daripada Bell Ngasri Dan Jihan Muse Menggeletek Hati Netizen. Hebat Bell 2 Watak Dia Boleh Jadi !!

Big Stage merupakan sebuah program pertandingan nyanyian berbentuk realiti terbaru. Program yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up (BBNU)’ ‘Dominasi BBNU’ dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.

Juara Big Stage musim pertama dimenangi oleh Sarah Suhairi yang berasal daripada Rawang, Selangor. Seramai 10 peserta bersaing di pentas utama selama 8 minggu. Untuk musim yang kedua menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza dan Cakra Khan berkhidmat sebagai juri.

Kali ini juga menampilkan para peserta bukan sahaja dari Malaysia tetapi turut serta dari negara Thailand, Korea Selatan, Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Program ini disiarkan di saluran Astro Ria 104 pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam.

Menerusi entri terbaru akaun Instagram Bell, beliau berkongsi video parodi program ‘Big Stage’. Parodi tersebut merujuk kepada Aziz Harun yang menarik diri daripada program ‘Big Stage’ kerana ingin sambung belajar. Bell yang berlakon dua watak sebagai Aziz Harun dan Cakra Khan manakala Jihan sebagai Dato’ Siti Nurhaliza.

Tonton video di bawah :

” Inilah big stage yg sebenar.. yg korg tgk tu semua parodi je #parodimelet0p “

Rata-rata netizen terhibur melihat parodi tersebut terutamanya part Bell menjadi Cakra Khan. Sememangnya sama. Antara komen-komen mereka :

” Ad0i Bell.. beng0ng la ko ni.. “

” Ntah U mana lah ostrich tu.. “

” Hahahaha.. sora cakra tu.. “

” Binawe la… Gelak besar aku trm kasih @bellngasri terbaikk.. “

” Ak ingatkn cakra khan yg ckp upenye bell,, sore same.. hareyy betul.. hahahaha.. “

” Hahaha tengok video ni gelak tak berhenti henti .. ”

Bell dan Jihan kalau buat parodi tak pernah tak kelakar. Mesti menjadi punya. Sememangnya mereka berdua ini merupakan raja dan ratu parodi. Ada sahaja idea yang boleh menggeletek peminat. Part ‘Ostrich’ pun menjadi sangat. Terbaik Bell dan Jihan !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..