” Aku dah lama tak gelak pec4h rumah. Hahahaha ng0kngek la depa ni.. “

Aksi Jep Buat Tutorial Pakaikan Pampers Pada Shuib Dalam Sepahtu Reunion Live 2019 Buat Ramai Yang Berdekah-Dekah. Serius Kelakar Wehhh !!!

Program Sepahtu Reunion Live kembali menemui peminat bagi tahun 2019 ini selama 20 episod bermula 25 Januari 2019 yang lalu. Program ini masih mengekalkan konsep sketsa komedi. Beberapa artis undangan yang berlainan akan dijemput untuk membawakan watak-watak tugasan pada setiap minggu.

Apa yang menariknya, semua pelakon tidak akan mengetahui siapakah artis jemputan yang akan diundang sebagai Cameo yang akan menghangatkan lagi pentas Sepahtu Reunion Live.

Cameo akan muncul tiba-tiba atas pentas dan akan berdialog secara spontan dengan semua pelakon yang terlibat. Pada minggu ini, pihak produksi telah menjemput Tiara Jacquelina dan Farid Kamil sebagai Cameo. Manakala Siti Elizad pula artis undangan yang membawa watak Mariah.

Tiara membawa watak sebagai orang Indonesia dan merupakan isteri kepada Rahim, manakala di hujung rancangan Farid Kamil muncul sebagai pegawai dari Kebajikan Masyarakat. Namun begitu dalam gelak ketawa, pasti ada pengisiannya yang ingin disampaikan oleh mereka.

Untuk episod ke 12 ini mengisahkan dua orang sahabat baik iaitu Sokset (Jep) dan Jeremi (Shuib) yang bekerja sebagai buruh binaan. Mereka sering dihin4 kerana hidup susah dan tidak berpelajaran tinggi. Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba ada seseorang meningg4lkan seorang bayi di hadapan rumah mereka.

Lakonan mantap dan bersahaja semua pelakon dengan idea-idea yang kreatif dan kelakar membuatkan semua penonton tidak kering gusi ketawa. Lebih-lebih lagi babak semasa Jep membuat tutorial memakaikan pampers pada Shuib. Berdekah-dekah penonton di studio dibuatnya.

Kalau tak percaya ? Jom tonton video di bawah :

” Hahahahahahhahahaha. Sekali dia buat tutorial lah pulak.. “

Rata-rata penonton gelak tak berhenti menonton babak ini. Antara komen-komen penonton :

” Terima kasih sepahtureunionlive sbb sentiase brikan hiburan jenaka spontan yg kesemuanye mnjadi ada nilai murni dan kelakar sepahtu on the best comedian in the world.. “

” Boleh plak shuib buat gaya mcm tu tepi elizad haha… malam ni semua masuk air. Ketawa berdekah2.terbaik !! “

” Assalammualaikom sketsa sepahtureunionlive mlm ni mmg paling kelakar paling meriah sakit perut sye sekeluarge.. “

” Aku dah lama tak gelak pec4h rumah. Hahahaha ngokngek la depa ni.. “

” Best gila2 minggu nie la,tgk bnyk kali pon xbosan gelak sorg2…hilang strest rse…tq sepahtureunion krna sntiasa ingin berikn yg trbaikkk pda kami sume perminat setia anda.. artis jmputan mang terbaikk.. “

” Mmg gelak habis.. seyes mmg best g1le.. “

” Pada saya la an, episod minggu kali ni kelakor giler, gempak weh minggu aku.. “‘

” Mgu ni best.. Jarang tgk jep gelak smpi cmtu.. “

Di sini kami akan kongsikan dengan anda beberapa lain dalam Sepahtu Reunion Live 2019 episod ke 12 malam tadi. Jom tonton video di bawah :

” Jeremi ni benda halus ke ? “

” Buat pertama kali dalam sejarah #pickuplines bukan untuk gadis – gadis ye! “

” Tu dia cameo malam ni. Siapa yang teka @izzueislam cameo malam sorry eh koranh salah. Tu dia @faridkamilz lah! “

Aduiii s4kit perut gelak tonton episod ke 12 Sepahtu Reunion Live 2019 ni. Semua kelakar-kelakar belaka. Artis undangan dan cameo pun sama naik kelakarnya. Memang terbaiklah.

Yang penting penting, setiap episod pasti ada pengajaran atau moral yang ingin disampaikan. Apa-apa pun all the best untuk semua yang terlibat dengan episod yang seterusnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sepahtu Reunion Live Official by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..