” Aku berkahwin umur 21 dan dicer4ikan umur 22 dan sedang mengandung. Suami seorang ustaz selebriti dan dikenali.. “

Ini Hukum Mencer4ikan Isteri Ketika Sedang Hamil Yang Ramai Tidak Tahu. Baca Perkongsian Daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan !!

Tal4k adalah perkataan Arab yang membawa makna ‘menguraikan’ atau ‘melep4skan daripada ikatan’. Ia digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang wanita itu dibebaskan daripada ikatan perkahwinannya.

Melafazkan tal4k bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah, terutama sekali apabila ia dilakukan di luar mahkamah seperti dalam situasi puan. Lafaz cer4i yang dinyatakan oleh suami sepatutnya dilakukan dengan jelas agar tidak timbul keraguan mengenai niat suami untuk bercer4i.

Tapi tahukah anda apakah hukum mencer4ikan isteri ketika dia sedang mengandung ? Masih ramai yang tidak tahu dan tertanya-tanya apakah hukumnya.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Mari kita baca penjelasan yang dikongsikan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini :

Soalan:

Adakah jatuh tal4k yang dilafazkan ketika isteri dalam keadaan hamil ? Dan apakah hukumnya ?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.

Majoriti ulama mengharuskan talaq isteri sewaktu dia sedang hamil. Tsabit satu hadith:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ طَلَّقَ امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ فَذَكَرَ ذَلِكَ عُمَرُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا ثُمَّ لِيُطَلِّقْهَا طَاهِرًا أَوْ حَامِلًا

Maksudnya : Dari Ibnu Umar RA bahwa dia pernah mencer4ikan isterinya dalam keadaan h4id. Kemudian Umar bin Khatthab RA menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi.

Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khatthab RA, ‘Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar RA) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian tal4klah dia dalam keadaan dia suci atau hamil.

Sahih Muslim (1471)

(Gambar Sekadar Hiasan)

Hadith ini menjelaskan dua hukum, iaitu har4mnya tal4k sewaktu isteri sedang h4id, dan harusnya tal4k sewaktu isteri sedang hamil.

Imam al-Nawawi sewaktu mensyarahkan hadith ini berkata, hadith ini menjadi dalil keharusan tal4k sewaktu isteri sedang hamil yang jelas kehamilannya, dan ia merupakan pandangan mazhab Syafi’e.

Ibnul Mundzir berkata, pandangan ini juga dipegang oleh majoriti ulama, antaranya Thawus, Al-Hasan, Ibnu Sirin, Rabiah, Hammad bin Abi Sulaiman, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Tsur, dan Abu Ubaid.

Namun Ibnul Munzir turut menambah bahawa terdapat sebahagian ulama mazhab Maliki yang menghar4mkannya, manakala Al-Hasan al-Basri memakruhkannya. (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 10/65) Salah satu qaul Imam Malik juga (Rujuk Al-Mudawwanah 2/4)

Talaq sewaktu isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talaq yang bukan sunniy, dan bukan bid’iyy, maka hukumnya adalah harus. Hal ini kerana ‘iddahnya tertakluk kepada kelahiran kandungan, bukan kepada haid.

(Rujuk Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah 3/478, Syarh al-Zarqani ‘ala Mukhtasar al-Khalil 4/144, Hasyiyata Qalyubi wa ‘Umairah 3/349, Bahr al-Mazhab 10/18, Manar al-Sabil fi Syarh al-Dalil 2/237 dan Al-Taqrirat al-Sadidah fil Masai’l al-Mufidah, hal. 92)

Namun demikian jika tidak terzahir pada wanita tersebut tanda-tanda kehamilan, maka ia menjadi talaq bid’iy. (Rujuk Hasyiyah Bujairimi ‘ala al-Khathib 3/505)

(Gambar Sekadar Hiasan)

Namun pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat majoriti ulama yang mengharuskan penalakan wanita yang sedang hamil. Dan iddah bagi wanita hamil yang dital4k adalah sehingga dia melahirkan kandungannya sebagaimana firman Allah SWT berikut ini:

وَأُولاتُ الأحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

Maksudnya : Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka.

Surah al-Thalaq (4)

Manakala dari sudut perundangan, sekiranya isteri diceraikan ketika dia sedang hamil maka dia juga layak mendapat kemudahan-kemudahan seperti perempuan yang dicer4ikan dengan talaq rajie, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan apa-apa perbelanjaan lain yang patut.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami berpegang kepada pendapat majoriti ulama, bahawa hukum mencer4ikan isteri sewaktu dalam keadaan hamil ialah harus, tidak har4m dan tidak juga makruh.

Tapi suka juga kami ingatkan, seseorang isteri yang mengandung akan menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila berlaku percer4ian, ia akan menambahkan lagi penderit4an dan kesusahan yang terpaksa ditanggung, sekaligus menjejaskan kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu.

Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiyar sebelum melafazkan cer4i terhadap isteri.

Begitu juga kami tegaskan, sebarang urusan berkaitan percer4ian hendaklah dirujuk kepada mahkamah Syariah sebagai pemegang kata putus dan selaku pihak yang berautoriti dalam urusan undang-undang keluarga Islam.

Wallahu a’lam.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Terima kasih Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan atas penjelasan ini. Semoga ramai yang jelas berkenaan dengan isu ini. Apa-apa pun tal4k bukannya sesuatu yang boleh diambil remeh dan dibuat main-main. Dengan lafaznya tal4k, maka terlerailah ikatan suami isteri . Banyak faktor dan kesan yang kena diambil kira terutama sekali mengenai anak-anak.

Semoga Allah pelihara rumahtangga kita semua dan hidup bahagia bersama keluarga tersayang sampai ke syurga. Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah. Amin..

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Pejabat Wilayah Persekutuan by Berita Kopak / Content Media

Update : Mohon maaf kepada semua pembaca. Artikel asal kami telah padam sebagai menghormati permintaan daripada confessor sendiri.