” Akhirnya yang ditunggu-tunggu. Alaalallala comel sangat baby A.. ” – Netizen

Aidil Aziz Kongsi Berita Gembira Fasha Sandha Selamat Melahirkan Cahayamata Pertama Mereka. Wajah Baby A Comel Sangat Macam Fasha. Untunglah Aidil Pun Cuti Sebulan Teman Fasha Berpant4ng !! 

Pasangan Aidil Aziz dan Fasha Sandha antara pasangan tumpuan peminat. Fasha yang sarat hamil cahayamata pertama mereka juga meluahkan rasa gement4rnya di posting Instagramnya beberapa hari lepas. Walaupun ianya adalah anak ketiga, namun deb4ran untuk melahirkan tetap terasa.

Baru sahaja semalam Aidil kongsikan gambar Fasha yang sudahpun dimasukkan ke h0spital untuk melahirkan bayi mereka. Aidil turut meminta semua mendoakan semoga segala urusan untuk melahirkan dipermudahkan. Posting Aidil itu dibanjiri ucapan semangat daripada kawan-kawan dan peminat untuk Fasha.

Sahabat baik Fasha, Rita Sosilawati juga ada berkongsi di Instagramnya pagi tadi memaklumkan Fasha sudahpun di masukkan ke 0peration room. Peminat setia Fasha pun sudah tidak sabar untuk melihat wajah bayi yang digelar Fasha sebagai Baby A ini. Akhirnya khabar gembira dikongsikan Aidil untuk semua peminat.

Meninjau akaun Instagram Aidil, telah dikongsikan sekeping gambar bayi A. Aidil yang memaklumkan bayi mereka selamat dilahirkan hari ini. Comel je wajah Baby A dengan pakaian berwarna merah jambunya itu. Aidil turut mengambil cuti sebulan untuk menemani Fasha sepanjang tempoh berpant4ng. Wah terbaik  Aidil !

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah baby A ini menarik perhatian peminat. Rata-rata peminat gembira dengan perkongsian Aidil ini. Antara komen-komen :

” Alhamdulillah tahniahhh Aidil dan kak fasha. Comel sangat baby.. “

” Alhamdulillah tahniah.. comelnya baby A. Mulut tu sejemput.. “

” Alhamdulillah. Comel nye baby. Selamat berpant4ng fasha sandha.. “

” Alhamdulillah. tahniah semoga jd ank yg solehah penyejuk mata semua org baby girl.. “

” Alhamdullilah.. tanniah kpd Ibu dan Ayah. beautiful baby.. “

” Akhirnya yang ditunggu-tunggu. Alaalallala comel sangat baby A. Tahniahhh korang.. “

” Alhamdulillah. Welcome to the world baby moga jadi anak yg berguna dunia & akhirat.. selamat berpantang.. “

” Alhamdulillah.. MasyaAllah comelnyaaaa.. Assalammualaikum Baby A.. semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yg berjaya dunia akhirat.. amiin.. “

Sedap tengok baby A lena tidur tu. Muka cute macam kakak Jemaima dan Abang Rayfal juga. Apa pun, tahniah Aidil dan Fasha atas kelahiran cahayamata kalian. Selamat berpantang buat Fasha, semoga dipermudahkan segala urusan, cepat sembuh dan baby A membesar dengan sihat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aidil Aziz, IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..