” Aik Orang lain yang jalan, orang lain yang jat0h.. ” – Shaheizy Sam

Video Anak Buah Shaheizy Sam Yang Terjat0h Secara Tidak Sengaja. Ad0ii Tak Pasal-Pasal Kena Bahan Dengan Pak Saudara… 

Pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin merupakan pasangan popular yang terkenal dengan perangai yang happy go lucky dan g1la-g1la mereka. Pasangan ini sudah pun memiliki dua orang cahaya mata yang diberi nama Sheriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Pasangan ini seringkali memuat naik video dan gambar untuk dikongsikan bersama pengikut mereka di laman Instagram mereka. Sama ada Sam ataupun Tilla, kedua-dua mereka gemar meny4kat dan membuat lawak di antara satu sama lain.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Sahaheizy, beliau telah memuat naik sebuah video terbaru. Video tersebut memaparkan anaknya Sarima sedang berlatih berjalan-jalan. Ketika rakaman dibuat untuk anak perempuannya itu, tiba-tiba dengan tidak sengaja beliau terakam anak saudaranya yang terjat0h.

Menurutnya di dalam kapsyen, beliau risaukan anaknya Sarima yang baru sahaja boleh berjalan. Dengan tidak semena-mena anak saudaranya itu tersadung lalu terjat0h. Kedengaran di dalam video tersebut seperti suara Syatilla sedang ketawa lucu melihat keadaan itu.

Apa yang menariknya, anak saudaranya itu pandai menyembunyikan rasa malu dan meneruskan berjalan seperti biasa tanpa menoleh orang lain yang ada di sekelilingnya. Suasana menjadi meriah apabila kejadian itu berlaku dengan secara tiba-tiba.

Antara sedutan di dalam video tersebut :

Sarima baru dapat kaki. Seronok ye dia.

Aksi Sarima apabila abang saudaranya itu tiba-tiba jat0h. Manakala Shaheizy Sam pula meny4kat anak buahnya itu dengan mengatakan  :

” Orang lain yang jalan, orang lain pula yang jat0h, apa geng.. come on geng.. “

Reaksinya tetap macho walaupun jatuh dan diketawakan.

Jom tonton video di bawah ini :

Ini sahaja komen yang ditinggalkan oleh follower pada posting tersebut. Kebanyakannya memberi emoji ketawa. Antara komen-komen tersebut :

 ” Mima shshshing soooo cute.. And love.. ger4mmmm.. omeyy sgt.. “

” Bila ko dpt mak sedara yg kaki gel4k kaki bahan.. “

” Dah jalan ye sarimaaa cepatnya dia membesar.. rasanya baru lagi dia lahir.. “

Aduuhai Sam sempat lagi ye menyak4t anak buahnya itu. Memang tak pernah kering gusi. Ada sahaja yang mencuit hati apabila menonton video yang dikongsikan olehnya. Apapun Kami di Berita Kopak mendoakan Shaheizy Sam sekeluarga terus maju jaya di bidang seni ini. InshaAllah..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shaheizy Sam, Sam Tilla

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..