” Advanced technology pun kadang-kadang too much eh.. “

Video Cik Manggis De Fam Mencuba Seterika Canggih Ketika Di Jepun Menarik Perhatian Netizen. Namun Hasilnya Mengej0tkan !!

Nurshazwani Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Cik Manggis atau Manggis “De Fam” merupakan seorang penyanyi berkumpulan. Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan “De Fam” yang turut dianggotai oleh Azira Shafinaz dan Sophia Liyana.

Cik Manggis merupakan anak kepada pemain dram kumpulan The Zurah II bernama Shamsuddin Idris (Sam). Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain bola sepak pasukan Kuala Lumpur FA, Syazmin Firdaus Aminuddin pada 18 Oktober 2014.

Selain menyanyi, Cik Manggis juga merupakan seorang pelakon dan pernah mengacarakan sebuah program Astro bersama kumpulannya. Rata-rata drama yang dilakonkan oleh Cik Manggis merupakan terbitan Zeel Production sehinggakan ada peminat yang menganggap dia merupakan “anak emas” produksi berkenaan.

Menerusi akaun Instagram, Cik Manggis berkongsi satu video di mana beliau mencuba seterika yang dikatakan canggih. Beliau yang ketika itu berada di Jepun mencuba seterika tersebut mengikut arahan yang diberikan. Namun hasilnya amat mengejotkan.

Tonton video di bawah :

” Advanced technology pun kadang2 too much eh. Kalau macam ni, sampai lusa pun orang tak pergi kerja. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Cik Manggis dengan menyatakan bahawa menggunakan seterika biasa lagi cepat dan mudah. Antara komen-komen mereka :

” Dapat anakku .. letak tangan dlm tu… org mayu pun advance… aku letak rambut.. “

” Kalau macam ni pegi keja tak berseluar gamaknya .. “

” Baik gosok manual je, 2 min je, nmpk kemas and tk kedut en.. “

” Hhaha.. sedih.. “

” Yg ni bkn advance… tapi old school… “

” Lawak la @cikmanggis.. “

Kadang-kadang kecanggihan teknologi tidak semestinya bagus dan berkesan untuk semua. Tapi tidak pasti juga jika Cik Manggis salah cara penggunaannya. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan semoga Cik Manggis dan juga kumpulan De Fam semakin maju dalam industri hiburan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cik Manggis by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..