” Aduii b4rai Dayyan nyanyi..tak pernah tak kel4kar “

Video Dayyan (anak Black Haniffah) Menyanyi Lagu ‘Daddy Jangan Main Handphone’, Ramai Yang Berulang Kali Dengar !!!!

Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah (lahir 21 Disember 1987), ialah seorang penyanyi di negara ini yang mengecapi kegemilangam semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor. Pada masa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu.

Sebelum menyertai rancangan Mentor, dia pernah menghasilkan album single “Aku Rindu Sayang Kamu” dan diarah oleh Rob Cavallo pada Julai 2009. Dia turut memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2009. Dia kemudiannya menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) untuk beraksi di pentas Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) sebagai Taja. Pada 2013, dia telah menukar nama pentasnya kepada Black Hanafiah.

Black selalu memuat naik aksi anaknya di laman sosial Instagram miliknya. Anaknya bernama Khaleef Dayyan seorang yang sangat petah berkata-kata. Black selalu meluangkan masa bermain bersama anaknya itu . Ada sahaja aktiviti yang mereka lakukan bersama.

Terbaru, Black telah memuat naik sebuah video di laman Instagramnya. Dalam video tersebut memaparkan anaknya Dayyan sedang menyanyikan sebuah lagu yang direkanya sendiri. Tajuk lagunya ialah ‘R0tan Daddy Jangan Main Handphone( HP) ‘.

Rakaman itu dibuat di dalam kereta. Black sedang memandu kereta dan Dayyan di belakang dengan semangatnya menyanyi. Macam buat konsert ye Dayyan. Siap dengan bunyi drum lagi. Hebatlah Dayyan !!!!

Ini antara sedutan dalam video tersebut.

Dayyan : Kita nak lagu Rotan Daddy jangan main handphone …

Dayyan : Daddy jangan main handphone.. Daddy jangan main handphone.. Daddy jangan main handphone

Dayyan : Daddy kena kena dengan Dayyan ..kena kena rotan dengan Dayyan …

Daddy jangan main handphone..Dady jangan main cudahh…Dady jangan main cudahh …

Jom tonton video nyanyian Dayyan di bawah. Pasti terikut-ikut Dayyan nyanyi tau…

” Sebuah karya hasil daripada kreativiti Khaleef Dayyan dengarkan “DADDY JANGAN MAIN HP” terimalah sebuah lagu yg unik ini! Bar4i. “

Rata-rata pengikut Black Haniffah memuji kecomelan Dayyan menyanyi. Antara komen-komen mereka :

” Dhedhi dhangan main hepon , nanti kene dhotan ngan dayyan.. “

” Menynyi ke bca sajak tu hahaa “

” Lintang pukang kelakarla budak dayyan ni cuba dengar ni “

” Boleh dah buat lagu… ngam dgn zaman skrg..bagus dayyan ikut isu semasa boleh buat lagu..hahahah “

” Daddy dia boleh buat keraih x gelak noh..mau kita duk situ..keraih perut dh la..jngn main fon pun boleh jadi lagu “

” Hahaha.. Lawaknye lagunye.. So jgn la maen hp time drive ye.. Klau x nty dayyan nyanyi lagu mcm tu lg “

” Tu la daddy asyik main hp je..anak dh bt lagu tu haa..siap pakej rotan.. “

Alahai Dayyan seronok betul dengar Dayyan menyanyi . Kami di Berita Kopak mendoakan Dayyan semoga membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Black Haniffah By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..