” Adoiiii… Makin hari makin kelakar lah Dato’. Best tengok Dato’ layan adik istimewa tu.. “

Gelagat Dato’ Aliff Syukri Makan Durian Musang King Dengan Adik Syukri 0KU Buat Ramai Terhibur, Dalam Masa Yang Sama Rasa Terharu !!

Siapa yang tidak kenal akan nama jutawan dan pengasas produk kosmetik Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman. Untuk pengetahuan, anak kepada usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim ini mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak berusia 7 tahun lagi.

Mempunyai sikap yang sangat peramah, berperwatakan ceria dan sentiasa menghiburkan membuatkan Dato’ Aliff sangat disenangi ramai walau pun beliau menerima kec4man demi kec4man dengan apa yang dilakukan olehnya.

Setiap kec4man dan krit1kan tidak sesekali membuatkan Dato’ Aliff berput0s asa, malah lagi membuatkan beliau lebih bersemangat menceburi pelbagai bidang perniagaan seperti produk kesihatan, makanan, resort, perabot dan banyak lagi.

Hasil perkahwinannya dengan Datin Shahida, mereka mempunyai 4 orang anak yang bernama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusof Alqardawi. Mereka juga turut mengambil anak angkat yang diberi nama Ameena.

Baru-baru ini Dato’ Aliff dikej0tkan dengan kehadiran seorang lelaki yang datang ke rumahnya. Apa yang menariknya, lelaki ini juga bernama Syukri dan wajahnya seiras wajah Dato’ Aliff. Sekali pandang, memang nampak macam adik beradik.

Untuk pengetahuan lelaki yang bernama Syukri ini seorang 0KU yang mempunyai masalah pendengaran (pek4k) dan juga tidak boleh bercakap secara verbal (b1su). Syukri sebenarnya peminat Dato’ Aliff dan dia sangat teruja berjumpa dengan Dato’ Aliff.

Menurut Dato’ Aliff lagi, Syukri datang dari Segamat, Johor semata-mata untuk berjumpa dan ingin bekerja dengan Dato’ Aliff. Alhamdulillah Dato’ Aliff telah membantu Syukri dengan peluang pekerjaan dan juga turut menyediakan tempat tinggal untuknya.

Melalui video yang dikongsikan di Youtube, Dato’ Aliff berkongsi video sedang makan buah durian Musang King dan buah rambutan dengan Syukri. Apa yang menariknya, gelagat mereka berdua sangat mencuit hati, kelihatan sangat rapat seperti sudah lama kenal.

Dato’ Aliff beberapa kali membuat aksi yang melucukan. Apa yang menariknya, Syukri turut meniru gelagat dan aksi pelik yang dilakukan oleh Dato’ Aliff itu. Alahai terharu pula tengok kemesraan Dato’ Aliff dengan adik istimewa ini.

Rata-rata netizen terhibur menonton video yang dikongsikan oleh Dato’ Aliff. Antara komen-komen netizen :

” Dato makin kelakar tp tahu dia ikhlas. Kita tonton je jgn komen negatif sbb masing2 punya kehidupan. Janji dia happy kita pun tumpang seronok tengok gelagat dato.. “

” Kalau dia x oku diberi keupayaan dn keistimewaan dgr dn berckp msti karektor dia mcm dato.. Muka seiras… Riak muka lawak cm dato jgk.. “

” Adoiiii… Makin hari makin kelakarrrr dato!!! Best tgk dato melayan adik istimewa tu… “

” Cadangan saya apa kata dato belanja pendengaran kat dia. boleh je rasanya buat kat hospital. sebab dia ada rupa tau.. “

” Dato memng baik orgnya, sllu bkongsi nikmat & rezeki Allah bsama org lain. Its give inspiration for us ! “

” Hahaha dato… dato ni mulut dia senanye mmg lepas je , tp sebenarye hati dia mmg baik… netizen je tak tau… tau blame ja.. kita sepatutnya layan hamba allah ni sama seperti orgĀ² lain… supaya dia x merasakan diri dia disimpati dan kurang dri org lain.. apa pun, Semoga Allah merahmati keluarga dan murahkan rezeki dato sekeluarga.. Aamiin.. “

” First time aku gelak terbahak bahak tengok video si dato ni. Hahaha.. “

” Hahahahahahahaha.. Adoiii.. sy ni dah la nga stressss.. Tgok video dato sy ketawa terbahak bahak.. Ya Allah… Siap ulang bnyk kali.. “

” Kelakar giler Dato cakap dengan adik istimewa. Semoga datuk dimurahkan rezeki, amin.. “

Biasa orang cakap yang mulut riuh dan pedas serta tak reti diam ini selalunya hati mereka baik. Contohnya macam Dato’ Aliff ini. Terima kasih Dato’ kerana sudi menerima adik Syukri. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa Dato’ Aliff sekeluarga.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga usaha murni Dato’ Aliff ini dipermudahkan oleh Allah. Semoga lebih banyak lagi insan-insan yang berhati mulia seperti Dato’ Aliff dan juga lebih banyak bantuan yang kita boleh salurkan kepada golongan yang memerlukan.

Jom tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG & Youtube Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..