” Adoiii, Sherry main TOLAK macam tu je.. “

Video Sherry Al-Hadad Menolak Siti Elizad Yang Sedang Ber ‘Catwalk’. Tengok Part Last, Sherry Cakap Apa. Sampai Pec4h Perot Ejad Gelak !!!

Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, model dan bekas pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994. Kemunculannya pada era 1990an sezaman dengan Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.

Siti Elizad, lebih mesra dengan panggilan Ejad dilahirkan pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Sharifuddin Baharuddin dan Nazariah Mohd Salleh, beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Terbaru, Elizad telah memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya. Posting tersebut adalah berbentuk video. Di dalam video tersebut memaparkan Elizad bersama dengan sahabatnya Sherry Al-Hadad sedangΒ  menghadiri fotoshoot bersama Mingguan Wanita.

Apa yang menarik di dalam video tersebut adalah, ketika Elizad sedang seronok membuat catwalk ala-ala model memperagakan pakaiannya, tiba-tiba muncul Sherry Al-Hadad, lalu men0lak Elizad. Sherry telah m4rah-m4rah manja kepada Elizad kerana memperagakan pakaiannya.

Ikuti perbualan dan aksi dari sedutan video tersebut :

” Hai hari ni pakai baju dari Rico Rinaldi, cantik tak.. Thank you.. “

Sherry : ” Eh tepi, tepi apa catwalk.. catwalk ingat ni New York Fashion Week ke hah !! “

Sherry : ” Asyik tanya baju dia je, baju aku ni tak nak tanya ke?. Baju ni kain perca jahi1 sendiri tau !! “

Adoii Elizad sampai ketawa besar dah.

Di bawah ini adalah posting yang dimuat naik oleh Elizas;

” Thank You , Rico . Hari ni pakai baju @ricorinaldi utk @mingguanwanita . Yg penting yg depan tu x puas ati , curik frame org @sherry_alhadad ..#mingguanwanita #mua @acuuu_84 @helolashes.. “

Rata-rata pengikut di laman Instagram Elizad merasa terhibur dengan gelagat mereka. Ini antara komen-komen mereka :

” Adoiii pec4h perut dok gelak tgk korg berdua.. “

” @sherry_alhadad tak pernah tak kelakar la tp jgn mar4h tau shery sb @elizadsharifuddin arini mmg nmpk muda dgn baju tu.. “

” Haha dia jeles tu siap tolak lagi.. lawak btw Cantikk.. “

” Hahahahahahaha nie mmg lawak.. “

” Lawak laaa tang kain perca jahit sendiri tau.. “

” Sherry main tolak je.. adoi.. “

” Sherry bt hal betul lah.. btw, u cantik sgt yunk.. “

” Gelak sorg2 tgok kak ejad kena tolak dgn kak sherry. Dua2 cantik.. “

” @elizadsharifuddin hahahahahahahah nasib baik hampa tak terpelant1ng jauh pasai @sherry_alhadad tepok hang dibelakang.. “

Sememangnya Sherry Al-Hadad terkenal dengan gelagatnya yang selalu membuat humor dan menghiburkan. Ada saja idea Sherry untuk menyakat orang lain. Begitu juga dengan Elizad yang sudah tahu perangai Sherry sebegitu hanya mampu ketawa sahaja.

Kami di Berita Kopak mendoakan Elizad dan Sherry terus dikurniakan kesihatan yang baik, terus maju dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Elizad Sharifuddin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..