” Adoiii.. dengar nonstop gelak. Pak azad tak pernah tak kelakor.. “

Pak Azad Dedah Pernah Kena T1pu Dengan Mak Dia. Ad0iiii Kelakar G1ler, Sak1t Perut Gelak !!

Pelakon Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad merupakan seorang pelakon. Memiliki nama penuh Azad Jasmin  John Louis Jeffri dan dilahirkan pada 11 Februari 1976 dan kini berusia 43 tahun dan merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi iaitu, Eira Syazira.

Kerjaya lakonan Azad bermula pada tahun 2007 menerusi filem Nana Tanjung arahan Abdul Razak Mohaideen, dan seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun , setahun kemudian.  Pada tahun 2010, beliau telah berlakon bersama Shaheizy Sam dan Angah ( Raja Lawak) dalam filem seram komedi Ngangk0ng arahan Ismail Bob Hasim.

Perkahwinan bersama Eira Syazira pada 16 September 2011 dan usia perkahwinan pasangan selama lapan tahun, pasangan ini dikurniakan 3 orang cahaya mata perempuan iaitu, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

Azad dan keluarganya pernah menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti dalam rancangan ‘Oh My Family’ tahun 2018, di Astro Ria.

Menerusi Instagram milik Sinar_ my, telah berkongsi satu video, Pak Azad serta isterinya, Eira Syazira telah datang ke konti Sinar menerusi rancangan sembang pagi. Pasangan ini datang untuk bersembang dan berkongsi cerita pengalaman pahit dan manis sepanjang sedekad dalam industri hiburan.

Baca perkongsian Sinar_ my di bawah :

” Azad Cerita Kerja Lama Dia Sebelum Jadi Anak Seni.. “

” Sebelum mulakan karier seni, @azadsyazirarose ni kerja kat bank tau. Ni Azad cerita macammana dia kena t1pu dengan mak dia sebab nak suruh Azad masuk audition. Kelakarlah Azad ni #sinarkongsi #pagidisinar.. “

 

Rata-rata peminat terhibur dengan cerita yang dikongsikan oleh Azad. Antara-komen-komen tersebut :

” Haha penangan mak.. “

” Alaa ape smbungan dia? Kelakar lah azad ni.. Adoii.. “

” Adoi dgr nonstop gelak. Tkle kuar kete dari awal diorg masuk konti sampai abes.. “

” Hahah lawaklah anak beranak ni.. “

” Pak azad tak pernah yg x klakor! continue plsss.. “

” Cmni pon boleh… terbaik mak azad… klo x … xjadi artis tau.. “

Adoii !! .. Kelakar betul dengar. Pandai betul Mak Azad ni. Kalau tak kerana mak Azad t1pu ini, Azad tak akan jadi pelakon la sekarang dan ini semua penangan mak Azad. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Azad serta keluarga sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  Sinar_ my, Azad Jasmin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..