” Adoii Azil, ke mana pulak dia lari.. “

Video Azil Terus Berlari Meninggalkan Stesen Minyak Setelah Mengambil Surat Khabar Di Stesen Itu Membuatkan Ibunya Zarina Zainuddin Cem4s.  Ya Ampun Azil, Ke Situ Dia Nak Pergi Rupanya !!!

Zarina binti Zainuddin merupakan seorang pelakon wanita di negara ini. Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak.

Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Liyana Sulaiman.

Perkahwinannya dengan Dato’ Sri Dr Abu Raihan Wan Jaafar telah dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai, Muhammad Naim Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil).

Umum mengetahui  Azal dan Azil merupakan anak yang aut1sme yang istimewa. Namun semua itu tidak menghalang Zarina untuk memperkenalkan anak-anaknya kepada umum. Malah ramai yang menjadikan kisah Zarina sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan mereka.

Baru-baru ini Zarina Zainuddin telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut adalah dari rakaman beliau sendiri di dalam kereta bersama anaknya Azil. Sesiapa yang selalu mengikuti kisah Azil pastinya mengetahui bahawa Azil sangat menggemari membaca surat khabar.

Sudah menjadi rutin seharian Zarina untuk membawa anaknya Azil membeli surat khabar di stesen-stesen minyak yang mempunyai jualan surat khabar setiap hari.

Tetapi pada hari itu, sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku. Azil yang pada awalnya begitu tenang di dalam kereta merasa sangat gembira untuk mendapatkan surat khabar. Setibanya di Stesen minyak, Azil terus keluar dari kereta dan terus mendapatkan surat khabar yang diinginkan.

Zarina yang sedang merakamkan video terkejut melihat Azil mengambil surat khabar dengan banyak sekali dan terus berlari ke arah lain dan bukannya masuk ke dalam kedai untuk membayarnya. Lalu Zarina mengekori dengan kereta mengikuti ke mana Azil pergi.

Sedutan daripada video tersebut :

Azil seronok kerana Zarina membawanya membeli surat khabar.

Azil mengambil surat khabar di stesen minyak tersebut. 

Kelihatan Azil terus berlari setelah mendapatkan surat khabar di stesen minyak tersebut.

Rupa-rupanya Azil berlari menujuj ke stesen minyak yang lain untuk mendapatlan surat khabar. 

Rakaman tersebut terhenti ketika Zarina ingin mendapatkan Azil yang masuk ke dalam kedai stesen minyak tersebut.

” Adoii dia lari pulakkk Azil.. Azil.. “

View this post on Instagram

azil

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Rata- rata peminat dan pengikut Zarina merasa terhibur dengan gelagat Azil dan juga turut mendoakan Zarina. Ini antara komen-komen mereka :

” Alahaiii abg azil semua surat kabar die ambil ye.. “

” Anak syurga yg akan memimpin ibu bapanya ke dlm syurga. In Sha Allah.. “

” Ahahahahah amik kat kedai lain bayar kedai lain terhib0r sis.. “

” Ambik suratkabar kat lain.. byr kat lain.. aduhai azil tp r1sau dia lari2 xtgk keta2 tu.. mudah2an akk sabar sepanjang menjaga anak syurga ni.. “

” Semoga dipermudahkan semuanya buat sis n anak2.. “

” Sabar ea memang dia minat surat kabar ke.. “

” Jenuh nak tanya balik mula dia bik bapa.. Pi sebelah pulak.. Asal zal.. Bguih la suka baca.. Pat2 sis Oii Satg tengok CCtv kata da orng bik xbayar lari paper heee.. “

” Stay strong sis.. “

Anak sering disebut dalam al-Quran sebagai nikmat, anugerah Allah, “penyejuk mata” (qurrat al-‘ain) ibu bapa, penyambung keturunan, dan orang yang akan mendoakan ibu bapa setelah kem4tian mereka. Pada saat yang sama, ia amanah besar yang mesti ditanggung dengan baik oleh ibu bapa.

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan sebahagian daripada ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT :

” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar.. ”  (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

ALHAMDULILAH dan TAHNIAH  Zarina kerana telah menjagakan amanah daripada Allah dengan baik dan sabar.

Kami di Berita Kopak mendoakan Zarina Zainuddin terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan oleh Allah menjaga anak-anak syurganya. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..