” Adoi… tak habis-habis la nak mem0ndankan laki kau ni kan Eira ! “

Video Pak Azad Bertukar Menjadi Letchumi Menggel1kan Hati Netizen. Part Perut Tu Memang Tak Boleh Sorok Ye !!

Azad Jasmin atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffri merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau juga lebih mesra dikenali sebagai Pak Azad. Pak Azad telah berkahwin dengan seorang pelakon bernama Eira Syazira pada tahun 2011.

Perkahwinan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang bernama Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose. Pasangan suami isteri ini sering menghiburkan hati peminat dengan aksi mereka yang membuatkan orang ketawa terbahak-bahak.

Pak Azad seorang yang kelakar dan sering memuatnaik video gurauannya bersama isterinya, Eira. Kebiasaannya video mereka sering digelar oleh netizen sebagai ‘pasangan masuk air’ kerana kedua- duanya begitu serasi membuat lawak dengan gelagat mereka yang sangat mencuit hati.

Menerusi akaun Instagram, Pak Azad berkongsi videonya pergi ke kedai membeli sari. Daripada keterangan video tersebut kita sudah tahu siapa yang akan memakai sari tersebut. Kali ni Pak Azad akan bertukar menjadi Letchumi. Nak tahu macam mana rupa Pak Azad bertukar jantina, saksikan video di bawah. Cantik ke tidak?

Jom kita tonton :

” Apa lagi laa @eirasyaziraofficial punya plan niiii ?? Letchumi pulak ??? Adoiii tak habis2 laaa nk mem0ndankan laki kau ni kan eira ! “

” Nak tgk video selanjut nya?? Subscribe to our YouTube Chanel now !! #FamilyPakAzad #FPAChannel #SubscribeNow#EiraSyazira.. “

Rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa gel1 hati apabila melihat Pak Azad bergaya dengan sari. Apa yang paling menghiburkan netizen adalah perut Pak Azad. Pak Azad juga dilihat pandai bercakap bahasa Tamil. Antara komen-komen mereka :

” Dah macam perempuan mengandung pakai sari.. “

” Perut tu memang tak boleh bawa bincang.. “

” Deyyy aney… perut kasi simpan sikit la.. “

” Aku tak tau la kenape family ni smua msok air.. Ape pun pak azad ni mmg tak mgcwakn lwk die smpikn bini dia sndiri pun nk pngsn ktwa.. “

” Hang mmg gil4 la pak azad oiiii. Terbaaaiikkk.. “

” Ingatkan selama ny pak azad main hentam ja cakap tamil…. tapi dia mmg qeti pon cakap… sempoiii ar pak azad n family.. “

” Dey tutup lah itu pusat.. aurat kasi taruh la.. “

” I wonder how he is able to speak tamil.. “

Macam-macam sungguh perangai Pak Azad ni. Dapat pula isteri yang sempoi rajin melayan. Apa kata selepas ini Pak Azad suruh Eira Syazira pula jadi tomboy. Hehe. Apa pun, semoga pasangan ini berbahagia selalu dan berkekalan hendaknya sehingga akhir hayat..

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE

Sumber : IG Pak Azad, Youtube Family Pak Azad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..