” Adam tak nak lepas tangan isteri orang.. “

Video Adam Aut1sm Tidak Mahu Melepaskan Tangan Tetamu Wanita Yang Datang Beraya Di Rumahnya. Tak Sangka Ini Sebabnya…

Sekiranya anda mengikuti akaun instagram @adamsautismfamily, pastinya anda mengenali remaja istimewa yang bernama Adam ini. Bagi yang belum mengenali, Adam merupakan seorang remaja yang aut1sm. Adam sangat menggemari patung Barney yang sentiasa berada di sisinya hampir setiap masa.

Jangan tak tahu, adaik kepada pemenang Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019, Arena Wan Mun-Yi Iman Wan ini mempunyai ramai peminat. Video gelagat dan kelatahnya selalu dikongsikan oleh bapanya, Saudara Iman Wan di instagram milik mereka.

Sehingga kini mempunyai 295 ribu pengikut yang sentiasa menantikan update terbaru mengenai Adam dari semasa ke semasa. Ditambah lagi memiliki wajah yang handsome dan sering tersenyum manis, membuatkan ramai yang tidak jemu menonton video Adam bersama keluarganya. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati ramai peminat.

Menerusi akaun Instagram, ayah Adam berkongsi video gelagat Adam yang tidak melepaskan pegangan tangan dua orang tetamu wanita yang datang beraya di rumah mereka.

Dalam video berkenaan, Adam memaut tangannya pada tangan wanita berkenaan dan tidak mahu melepaskannya. Menurut ayah Adam, Adam berbuat demikian dengan harapan tetamu wanita yang ingin pulang itu akan membawanya menaiki kereta sekali.

Mungkin tujuan Adam berbuat demikian supaya dia akan dibawa pergi berjalan-jalan. Alahai comelnya Adam, pandai pilih perempuan yang pakai tudung dan lelaki yang baik seperti yang dikongsikan oleh ayah Adam.

Baca perkongsian ayah Adam dan tonton video di bawah :

” Adam tak lepas tangan isteri orang… “

” It’s very hard for us to have people over. Unless they are already familiar with Adam or close friends, we seldom invite people to come over our house. Many think that we are anti-social.. “

” Over Eid, we had a few friends and families who came over. And as predicted, whenever they were leaving, Adam would want to follow them.. “

” He will choose one of them who was leaving, and hung on to him or her, with the hope of getting into the car.. “

” Adam normally will go for lady with tudung or a nice man. He knows what he wants. He just doesn’t know how to behave appropriately.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Adam. Antara komen-komen netizen :

” Sy tgk sambil tersenyum sorg2 je ni.. “

” Klu org yg fhm atau rapat dgn famili kte senang cite tp klu org luar sy akan suruh org tu pegi sbb x nak org bercakap pasal anak, saya x sanggup dengar.. “

” Akak tu ada daya penarik adam.. adam suka dia.. Hihihi.. “

” Everyone love u adam… Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi adam dan semua ank2 seperti adam… “

” Comel la adam.. “

” Pandai die mengusikkkk… Syg la tuuuu.. Dia tau sapa syg diaaa.. “

” Hahahah lawakk adam. Seronok tgk dia happy, adam dah besar.. “

Alahai Adam, tak pernah tak comel. Semoga Adam membesar dengan sihat dan ceria-ceria selalu bersama keluarga tersayang. Semoga Adam sentiasa dilundungi oleh Allah walau di mana pun Adam berada.

Untung Adam dikelilingi oleh orang-orang yang sangat-sangat menyayanginya. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Adam.

Sumber : IG @adamsautismfamily by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..