Adakah Kita Dibenarkan Untuk Membun0h Cicak ? Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu, Baca Perkongsian Mufti Wilayah !!

Cicak merupakan sejenis rept1lia yang berdar4h sejuk dan bertelur. Cicak adalah per0sak biasa di rumah, kilang & bangunan. Terdapat beberapa jenis cicak di dalam dan sekitar rumah-rumah, bangunan, kilang-kilang.

Cicak adalah gangguan dengan menjatuhkan kot0ran (tah1 cicak) yang dikeluarkan oleh mereka di dinding dan siling. Ini akan menyebabkan rumah kita menjadi kotor.

Nampak kecil dan tidak berbahaya, tapi kehadiran cicak dalam rumah boleh mengganggu anak-anak kecil dan haiwan peliharaan. Ini kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi penghuni tetap dalam rumah, menjadikan perabot sebagai sarang seterusnya membiak dalam rumah.

Tapi tahukah anda apa sebenarnya hukum membun0h cicak ? Terdapat beberapa hadith sahih yang ingin dikongsikan disini mengenai hukum membun0h binatang seperti cicak seperti yang dikongsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah :

Soalan :

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakaatuh. Dato Seri, saya mohon pencerahan kesahihan hadis tentang membun0h cicak yang rasanya dari dulu hingga sekarang menjadi pegangan kebanyakan kita bahawa adalah sunat membun0h cicak.

Sekian saja pertanyaan saya mudah-mudahan Dato Seri punya kelapangan untuk memberi pencerahan.

Jawapan  :

Waalaikumussalam. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.

Pengenalan :

(الوزغة) bermaksud cicak dan dikenali sebagai binatang yang melata. Badannya berbintik-bintik seperti peny4kit kust4 dan merupakan binatang fawahish (per0sak). (Lihat: Hayat al-Hayawan al-Kubra, 2/544)

Dalil Disyariat Membunuh Cicak :

Cicak merupakan binatang yang boleh dibun0h dan kerana termasuk di dalam binatang Fawasiq (per0sak). Terdapat pelbagai hadis SAW yang memerintahkan supaya membun0h cicak di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Syarik RAnha :

‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَم‏‏‏

Maksudnya : Sesungguhnya Rasullullah SAW memerintahkan supaya membun0h cicak. Dan Baginda bersabda “ Sesungguhnya cicak itu meniup (menyemarakkan) ap1 yang membak4r Ibrahim AS ” – Sahih al-Bukhari (3359).

Terdapat juga hadis yang lain menceritakan berkenaan perintah membun0h cicak, ini seperti hadis yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqaz :

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا

Maksudnya : Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membun0h cicak, Dan disebutnya sebagai Fuwaisiq (binatang kecil yang mendatangkan ker0sakan) – Hadis riwayat Muslim (2238).

Selain itu ganjaran bagi siapa yang membun0h cicak seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :

مَنْ قَتَلَ وَزَغَةً فِي أَوَّلِ ضَرْبَةٍ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً وَمَنْ قَتَلَهَا فِي الضَّرْبَةِ الثَّانِيَةِ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً لِدُونِ الأُولَى وَإِنْ قَتَلَهَا فِي الضَّرْبَةِ الثَّالِثَةِ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً لِدُونِ الثَّانِيَةِ

Maksudnya : Barang siapa yang membun0h cicak dengan puk0lan yang pertama, baginya sekian pahala, barang siapa yang membun0hnya pada pukulan kedua, baginya sekian pahala yang kurang daripada puk0lan pertama, barang siapa yang membun0hnya pada puk0lan ketiga, baginya sekian pahala yang kurang daripada puk0lan kedua. – Hadis riwayat Muslim (2240).

Selain itu terdapat juga hadis riwayat yang lain daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW

‏ ‏ مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِي أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِي الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِي الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ

Maksudnya : Barang siapa yang membun0h cicak dengan satu puk0lan diganjarkan kepadanya seratus kebaikan, dan sekiranya pada puk0lan kedua, ganjarannya kurang daripada yang pertama dan sekiranya pada puk0lan ketiga, ganjarannya kurang daripada yang kedua – Hadis riwayat Muslim (2240).

Imam Nawawi dalam mensyarakan hadis ini menyatakan : “ Di dalam riwayat yang lain menyebut sebanyak tujuh puluh ganjaran sekiranya membun0hnya dengan satu puk0lan dan ini disebabkan kerana tidak menyeks4nya.

Cicak dikelaskan dalam golongan haiwan per0sak kerana terdapat ciri-ciri daripada golongan haiwan Fawahish al-Khams (lima haiwan per0sak) yang mendatangkan kemudhar4tan seperti kala jengk1ng dan tikus”.

Kesimpulan :

Berbalik kepada persoalan di atas perintah membun0h cicak merupakan satu perkara yang disunatkan. Ini seperti yang dinyatakan di dalam Mausua’h Fiqhiyah di bawah tajuk sunat membun0h binatang per0sak dengan menyatakan sunat membun0h cicak walaupun dalam keadaan ia tidak memberi sebarang ker0sakan ini seperti yang di perintahkan Nabi SAW dalam hadis yang di atas. (Lihat: al-Muasua’h al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/282)

Adapun cara membun0hnya lebih utama dengan memuk0lnya sekali sahaja supaya mengurangkan keseks4annya. Imam Izzuddin Ibnu Salam menyatakan ini termasuk di dalam sifat ihsan kepada binatang (Lihat: Hayat al-Hayawan al-Kubra, hlm 923).

Ini seperti yang di ajar Baginda SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Ya’la bin A’us RA, sabda Nabi SAW:

إِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ

Maksudnya : Apabila kamu membun0h maka bun0hlah dengan baik – Hadis Riwayat Muslim (1955). Wallahualam.

Terima kasih Mufti Wilayah Persekutuan atas perkongsian ini. Semoga ramai yang jelas tentang perkara ini dan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita amalkan kebersihan dan menghubungi servis kawalan serangga (pest control) sekiranya kehadiran cicak yang banyak di rumah memen1ngkan kepala anda.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan by Berita Kopak / Content Media