” Ada sebab PENGAKHIRAN Drama Nur 2 begitu.. “

Video Pendedahan Dari Pengarah Nur 2 , Kenapa Watak Ustaz Hamadi Dim4tikan, Tak Sangka Ini jawapannya !!! 

Pemilik nama penuh, Azhan bin Abdul Rani. Dikenali sebagai Azhan Rani Lahir pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia. Membesar di Kuala Kubu Bharu. Anak kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin. Bergelar pelakon sejak tahun 2004.

Meraih trofi kategori Antagonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 dan Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Tribute P. Ramlee 2015. Azhan masih belum berumahtangga biarpun sudah berusia.

Begitupun, ia tidak menjadi tekanan buatnya yang sibuk menggalas tanggungjawab menjaga ibu selepas pemergian bapanya ke rahmatullah.

Pelakon Nur 2 yang memegang watak Ustaz Syed Hamadi ini mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan. Kemunculannya dalam setiap drama yang dilakonkan akan ditunggu-tunggu oleh peminat seni tanah air.

Terutama dalam drama Nur 2 ini. Watak yang dibawa sangat meninggalkan kesan kepada penonton keseluruhannya.

Terbaru, Azhan Rani telah memuat naik sebuah video rakaman di laman Instagram miliknya. Rakaman itu dilakukan di dalam kereta dan Azhan sedang dalam perjalanannya untuk pergi ke set telemovie.

Video tersebut memaparkan  rakaman suara dari pengarah Nur 2 yang ditemubual oleh penyampai radio Hot Fm 97.60. Kedengaran suara Pengarah Nur 2 Sharulezad Mohameddin sedang bercakap di corong radio.

Apa yang menarik adalah, apabila di tanya oleh penyampai radio mengapa dimatikan watak Ustaz Hamadi ? Dan ini jawapan dari pengarah tersebut :

Shahrulezad : Okay, kenapa watak Ustaz Hamadi dim4tikan, alasan utama adalah dari permintaan Azhan Rani sendiri.

Azhan Rani tidak percaya kepada sekual ni. Itu kehendak dia kan. Masa nak buat Nur 2 ni, orang yang paling susah nak dipujuk adalah Azhan Rani…

Menurut Shahrulezad lagi, pada awalnya Azhan Rani tidak mahu meneruskan lakonannya dalam Nur  2 ini. Setelah membuat perbincangan tentang jalan cerita dan watak  yang dibawa Azhan Rani lebih mencabar, akhirnya Azhan Rani bersetuju untuk berlakon.

Baiklah kalau nak tahu lebih jelas lagi pendedahan dari pengarah ini, bolehlah tonton  video di bawah ini :

( Sila KLIK simbol > di sebelah kanan untuk menonton sambungan video seterusnya )

” Otw nak ke set telemovie sesekali pagi ni tiba2 suara ni macam pernah aku pernah dengar kat planet ni dulu… director budak ijat dan asst director uchee fukada di hotfm 976 pagi tadi.. “

” Bendera dah separuh tiang belum hari ni? Penonton2 Nur2 netizen dan h4ters. Semoga hari ini bermula tanpa jiwa kacau lagi… have a good day “

Rata-rata peminat drama Nur 2mula merindui watak Ustaz Hamadi. Ini komen-komen mereka :

” Semoga terus sukses azhan rani sy pasti rindukan “ustaz hamadi” . watak terbaik & sgt lain dr biasa “

” Salam jumaat ustaz hamadi aka azhan rani … semoga dpmudahkn urusan hr nie. Aamiin… ”

” Rindu nk dgr lagu bahen0l ngn ziana zain lgg  “

” Semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki “

” Bang! Kau punya acting mmg superb! Karekter kau bawak lagi menonjol dpd hero apa cita ni. Smga murah rzki kau bang. Xpela watak kau bwk selalu menyak1tkan hati penonton.. Yg pntg in real life kau org yg baik2. “

” Lakonan yg best buat kitorg penonton jd g1la “

Benci tapi dirindui. Ungkapan yang paling tepat untuk watak Ustaz Hamadi ini. Tahniah  Azhan Rani, kerana sudah berjaya membuat peminat drama Nur 2 rindukan lakonan anda.

Kami di Berita Kopak mendoakan Azhan Rani terus berjaya dalam bidang lakonan ini dan dilindungi Allah SWT di mana sahja berada. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Azhan Rani by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..