” Ada pak guard je Matyip kat school.. “

Shaheizy Sam Kongsikan Video Gelagat Anaknya Sheriv Samheizy Mahu Ke Sekolah Walaupun Sudah Larut Malam. Amboi Semangat Matyip. Part Last Tu Memang Tak Boleh Blah !!

Disebut sahaja nama Sheriv Samheizy, pasti terbayang wajah comel anak kesayangan kepada pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini. Sheriv atau selalu digelarkan Matyip oleh ibu dan bapanya itu adalah anak pertama kepada pasangan ini.

Syeriv dilahirkan pada 9 Mei 2017. Nama Syeriv pernah dipertikaikan oleh netizen kerana nampak pelik namun disebalik nama itu membawa maksud yang baik iaitu ‘Yang Mulia’. Kini Syeriv sudahpun berusia 3 tahun. Membesar menjadi anak yang ceria dan petah berkata-kata, Syeriv kelihatan amat bijaksana bagi kanak-kanak seusianya.

Boleh bertutur dalam dwi bahasa, peminat sentiasa dikongsikan di laman sosial miliknya telatah dan bebelannya yang amat comel di dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris. Ada sahaja yang membuatkan netizen ketawa besar apabila melihat perkongsiannya itu.

Menerusi akaun Instagram, Shaheizy Sam telah berkongsikan video anaknya Sheriv Samheizy yang kelihatan bergegas bersiap hendak ke sekolah. Melucukan kerana walaupun tahu sudah malam masih bersemangat memakai baju uniform sekolah. Amboi, siap ber’bye-bye’ lagi Matyip.

Jom tonton video di bawah :

” MatYip nak pegi sekolah @syeriv_samheizy.. “

” Semangat betul #MatYip nak pergi sekolah. Bukan dia kira pun jam pukul berapa . Maybe favourite cousin dia @arjuna_fuzette ada, tu yang tak sabar-sabar tu..  “

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Syeriv ini. Antara komen-komen netizen :

” Pandai la matyip pakai kasut sendiri … “

” Matyip clever boy la.. “

” Melt my heart la this boy.. “

” Nak belajar apa yip malam-malam , cikgu semua takdak , yang ada h4ntu jepun je.. “

” Semangatnya diaa nak pergi school.. “

” Alolo malam-malam nak pergi sekolah.. “

” Ade pak guard je matyip kat school.. “

” Amboi syeriv kemain semangat ni.. “

” Anak kau tak pernah tak cutee weeeyyhhhh.. Aku ger4mmm tengok anak kaauuuu.. “

Semangat membar4-bar4 Syeriv nak ke sekolah. Orang dah lena diulit mimpi, Matyip sibuk berbaju sekolah dan siap berkasut. Kelakar tapi semangat yang boleh dipuji untuk anak sekecil Syeriv ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Syeriv sentiasa bersemangat seperti ini selalu dan bakal jadi insan bijaksana berguna untuk agama dan bangsa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shaheizy Sam by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..