” Ada ni haaa. Busy sikit jaga Mommy dan adik.. “

Video Telatah Aqeef Anaqi Memimpin Tangan Mommy Amyra Buat Netizen Terhibur. Alahai Sweetnya Abang Anaqi. Ceria Betul Sejak Ada Adik Baby Ni. Comel Sangat !!

Siapa tidak kenal si cilik comel Aqeef Anaqi. Anak kepada pasangan pelakon romantis Amar Baharin dan Amyra Rosli ini adalah salah seorang anak selebriti yang terkenal di Malaysia. Memiliki wajah comel diwarisi dari ayah dan ibunya, Anaqi membesar menjadi anak yang sangat sempurna.

Terdahulu, Amar menikahi Amyra pada 11 November 2016 setelah 4 bulan mengikat tali pertunangan. Mahligai bahagia mereka ini diserikan lagi dengan kelahiran Anaqi pada 15 Oktober 2017 sekaligus melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga kecil ini.

Telatah dan gelagat Anaqi yang sentiasa menghiburkan hati sentiasa menceriakan kehidupan pasangan ini. Kini Anaqi sudahpun berusia 2 tahun 3 bulan dan tanggal 1 Februari 2020, secara rasminya Anaqi bergelar ‘abang’ apabila Amyra selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Menerusi akaun Instagram Aqeef Anaqi, telah dikongsikan satu video di mana kelihatan Anaqi sedang memimpin tangan ibunya Amyra ke katil. Sweetnya cara Anaqi menjaga ibunya. Sejak bergelar abang ni lagi bertambah sweet abang Anaqi. Comel je !

Jom tonton video di bawah :

” Ada ni haaa.. Busy sikit jaga Mommy dan adik.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Sweet mommy boy.. “

” Baguihnya diaaa jaga mummy dia.. “

” Good boy Anaqi.. “

” Alahai.. Comel nyer.. Pandai jaga mommy.. “

” Alololo abang bagusnya.. “

” Aww so cute la abang anaqi ni.. “

” Awwww semoga menjadi anak soleh, Aqeef Anaqi!.. “

Sukanya tengok cara Anaqi menjaga mommynya itu. Seolah-olah dia paham kesakit4n yang mommy tengah alami. Kecik-kecik lagi dah tunjukkan sikap bertanggungjawab dan penyayang. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anaqi menjadi anak yang soleh buat Amar dan Amyra. Insha Allah..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aqeef Anaqi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..