” Ada ke orang bercinta, tunang jadi adik. Saya pun pel1k macam mana boleh berlaku ni.. ” – Dato’ Awie
Video Dato’ Awie Mengimbau Sejarah Lamanya Bercerita Tentang Seseorang Ketika Konsert Music Of The Soul Dato’ Siti Nurhaliza. Amboi Dah Macam Ceramah Berkempen Pulak, Siap Ada Penonton Yang Laung Takbir Lagi. Erm Siapa Tu Dato’ Awie, Hehe !!
Dato’ Awie tampil di malam persembahan eksklusif bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Music of The Soul. Selain berduet bersama DS Siti, Dato’ Awie turut menyanyikan lagu-lagu h1ts nya yang pernah menjadi siulan ramai.
Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Awie berceloteh tentang kisah silamnya. Tidak menyebut siapakah gerangan si dia, namun peminat dapat mengagak ianya adalah primadona, Erra Fazira.
Tanya Dato’ Awie kepada semua yang berada di auditorium, bolehkah bercinta, bertunang dan kemudian menjadi adik. Apa lagi, riuh dengan sorakan kerana semua sudah tahu siapa si dia. Kata Dato’ Awie, itulah yang terjadi sekarang.
Masih bersahabat baik sehingga kini, Dato’ Awie sendiri tidak percaya ini yang terjadi. Apa pun, itu semua sudah pun suratan takdir yang tertulis untuk Dato’ Awie. Komen netizen, Gaya Dato’ Awie bercerita itu kedengarannya seperti sedang memberi ceramah pula.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih lebih 2000 likes setakat ini dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Erra lah tu tapi kalo Dua dua solo onz aje mungkin jodoh kembali hehe. tiba-tiba jadi ceramah politik haha.. “
” Tau la musim mengundi haha, cakap dah macam yb Awie dah ni haha. Kak Erra la tuhhh.. “
” Kitorang suka jer tengok, cute la dato awie ni. Tempat jat0h lagi dikenang, ini kan pula tempat mencurah kasih cewahhh.. “
” Ingat nak cakap manifesto pasal tunang hahha. Dah macam ceramah pulak ye haha ala comel yang jer1t takbir tu.. “
” Semangat penonton tiba-tiba hahah. Siapa lagi si jelitawan Erra Fazira la tu. Bercinta, tunang jadi adik haha, lucu betul ayatnya.. “
Sporting betul peminat yang hadir apabila melaungkan takbir, tergelak Dato’ Awie seraya berkata Allah ampunkan kami. Dato’ Awie pun sama sporting dan pandai berinteraksi bersama peminat-peminat yang hadir.
Apa jua yang berlaku suatu masa dahulu, ianya kini hanyalah sejarah yang pastinya menjadi kenangan terindah buat Dato’ Awie. Bahagia dan kecew4 itu adat dalam kehidupan kerana itulah yang mematangkan. Semoga Dato’ Awie berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM, IG Awie, IG Erra Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..