” Ada kain nak jemur lagi Jah ?, Peniingla korang ni, jemur kain pun m4las “.

Video Achey Letak Anaknya Dalam Bakul Kain Curii Perhatian Ramai !!! Aduhai Redha Je la Tiara Yer…. Mak2 Mesti Pernah Buat Macam Ni kan ???

Mohamad Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang  musim pertama terbitan Saluran TV3.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya Nur Hassanah Binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne.

Umumnya mengetahui, Achey dan Anne mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah. Achey selalu memuat naik video anaknya yang comel untuk tontonan pengikutnya.

Dalam entri terbarunya di laman Instagram, Achey telah memuat naik sebuah video. Dalam video tersebut, memaparkan Achey meletakkan anaknya Tiara di dalam bakul kain yang besar.  Ada 3 adegan dalam video tersebut. Adegan Achey mengembirakan anaknya Tiara.

Pada minit terawal Achey hanya membawa anaknya berjalan-jalan dengan bakul. Dari ke depan dan berundur  semula ke belakang.

Selepas itu, bagi adegan yang kedua, Achey membuatnya seperti memandu kereta ferrari. Siap dengan bunyi lagi tau.. Berdesuppp !!!

Dan untuk adegan yang ketiga, Achey mengibaratkan anaknya itu seperti kain yang hendak dijemur. Ini yang paling lucu kerana bila melihat muka Tiara tu. Aduhai diam je Tiara duduk dalam bakul tu. Seronok la Tiara tu !!!

Aduhaiii kesiannya Tiara. Nampak air muka Tiara redha je apa yang Achey buat untuknya. Mana tak seronok kan Tiara.  Rajinnya Achey melayan anaknya itu. Anne pun kedengaran ketawa semasa video itu dirakam. Jelas terpancar kegembiraan dan kebahagiaan keluarga ini. Alhamdulillah.

Jom tonton video dibawah. Mesti semua seronok. Boleh layan anak-anak macam ni. Anak saudara pun boleh.Tapi hati-hati ye…..

” Jemur kain dulu “

View this post on Instagram

Jemur kain dulu @tiara_zinnirahofficial

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Rata-rata peminat Achey merasa geli hati , dan tidak kurang juga yang memuji kecomelan Tiara,setelah menonton video ini.

Ini antara komen-komen mereka :

” Buat hal lah ayah tiara zinnirah ni!!! Boleh pulak di reverse balik “

” Sukanya dia comellllll pulak tu achey dah tak ada kain jangan jemur baby tu nanti golap baby tu “

” Jemur kain jemur anak hehehe “

” Diam je tiara duk dlm bakul tu “

” Ade kain nak jemur lgi jahhh.. tiara layan jee “

” Comelll nyaaa tiara… Syok dapt ayah mcm ni… Sentiasa senyummm “

” Hahahhahahahahahhaah comel tiaraaaa “

Alahai Tiara sayang comelnya. Kami di Berita Kopak mendoakan Tiara membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah jagaan Allah selalu hendaknya. Aamin.

</

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Achey Bocey By Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..