” Ad0ii Azal, ibu gurau jer..”

Video Zarina Zainuddin Hanya Ingin Bergurau Dengan Anaknya Azal, Tapi Reaksi Azal Selepas Itu Buat Zarina Jadi Pan1k !!!

Zarina binti Zainuddin merupakan seorang pelakon wanita di negara ini. Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak.

Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban , Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Liyana Sulaiman.

Perkahwinannya dengan Dato’ Sri Dr Abu Raihan Wan Jaafar telah dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai, Muhammad Naim Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil).

Rata-rata ramai yang tahu Azal dan Azil merupakan anak yang aut1sme yang istimewa. Namun semua itu tidak menghalang Zarina untuk memperkenalkan anak-anaknya kepada umum. Malah kisah Zarina boleh dijadikan sumber inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana.

Terbaru, Zarina Zainuddin telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut dirakam sendiri oleh Zarina. Apa yang dipaparkan dalam video tersebut adalah, Zarina mengusik Azal yang sedang baring di atas katil. Zarina datang menhampiri azal dan menyatakan Azal hanya tidur sahaja.

Lalu, Zarina mengusik Azal supaya Azal menukar baju dengannya dan pergi berlakon. Zarina sudah penat berlakon dan mahu tidur. Jawapan Azal seperti biasa, amat melucukan. Dia tidak mahu memakai baju perempuan. Dan tidak mahu menjadi perempuan.

Namun begitu Zarina tetap mem4ksa anaknya itu supaya bangun dan bertukar baju dengannya. Azal yang terdengar ibunya memberi arahan berulang kali terus bangun dan meluru kepada ibunya.

Reaksi Azal tersebut membuatkan Zarina menjadi pan1k.  Semua yang berada di situ tergel4k melihat Azal bersungguh-sungguh untuk bertukar baju dengan ibunya.

Ini sedikit sedutan dari video tersebut :

Zarina : Azal !, sukanya awak tidur daripada tadi.. Haa sekarang awak pakai baju saya saya pulak tidur. Awak pergi berlakon..

Zarina : Cepat awak pakai baju saya, cepatla !!

Azal : Alamak Ibu.. tak nak ibu itu baju untuk perempuan..

Zarina : Cepat.. cepat.. cepat.. saya nak tidur pulak !!

Azal : ok.. ok saya tukar.. saya tukar..

Zarina : Saya gurau.. saya gurau.. sori.. sori..

Haaa tu la ibu berani sangat. Kan azal dah betul-betul nak tukar tu.

Jom tonton apa yang berlaku seterusnya pada video di bawah :

” Adoiii azall..ibu gurau jer “

View this post on Instagram

Adoiii azall..ibu gurau jer 😅😅😅

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Rata-rata peminat dan pengikut Zarina Zainuddin merasa terhibur dengan gurauannya. Ini komen-komen mereka :

” Walaupun abg azal mcm tu.. Mesti dia faham ibu nya penat… walaupun terpaksa alamakk..”

” Tetap bangun nak tukar.. Moga abg azal n azil… Sehat. Saya faham kedudukan ibu nya.. Sebab Abg saya pun mcm ni.. “

” Hahaa ..adoii ibunya pn..kesian azal .. “

” Hahaha ibu nakal taw “

” Bagusnya azal…..patuh betul ckp ibu dia….wlaupon ibu dia bgurau “

” Haaa tau ibu takut yeee hahaha “

Alahai Azal ..bagusnya patuh arahan ibu yer. Comel je. Kami di Berita Kopak mendoakan Azal sentiasa dilindungi Allah selalu dan menjadi penyejuk hati ayah dan ibu hendaknya. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IGZarina Zainuddin by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..