” Acap kuat Cap, sini Cap. Mak kat sini Cap. Nampak Mak tak Cap. Jalan sikit lagi.. “

Allahu.. Sebak Dengar Suara Ibu Acap Memanggil Anaknya !!

Peserta lelaki Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, Kampar yang dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29 masih belum ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diberhentikan.

Namun begitu pihak polis dan orang kampung masih meneruskan misi mencari Mohammad Ashraf yang mesra dengan panggilan Acap dalam skala kecil walaupun Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah ditutup.

Sehingga kini, pihak yang terlibat dengan operasi SAR masih tidak mendapat apa-apa petunjuk mengenai kehilangan mangs4. Usaha mereka menemui jalan buntu dan mereka sudah mencari di semua lokasi termasuk lokasi mangs4 dilaporkan hilang.

Namun ahli keluarga Acap tidak berputus asa mencarinya. Pada malam tadi, mereka meneruskan pencarian Acap di lokasi berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh abang Acap di akaun Facebook Denny Lang, rintihan seorang ibu yang memanggil dan mengharapkan kepulangan anaknya membuatkan ramai yang sayu dan sebak. Allahu, mengalir air mata mendengar suara si ibu.

Kedengaran juga suara seorang lelaki memanggil nama Acap. Berkemungkinan abang atau adiknya. Antara kata-kata ibunya yang membuatkan ramai yang sebak :

” Acap kuat Cap, sini Cap. Mak kat sini Cap. Nampak Mak tak Cap. Jalan Cap sini.. “

” Acap tolong mak Cap. Sikit lagi Cap, balik Cap dekat Mak sini.. “

” Sini Cap, sini.. sini.. Acap sinilah Acap. Bukan kat sana.. “

Rata-rata netizen sebak mendengar suara ibu Acap memanggil anaknya. Antara komen-komen netizen :

” Sedih dgr suara mak Denny Lang.. Allahuakbar.. kuat kn smgat bro.. “

” Semoga ALLAH permudahkn sgala urusan, sedihnya tguk mcik pnggl nama Anak nya.. “

” Kerinduan seorg ibu kpd anaknya.. Smoga acap djumpai.. Kehilanganmu menjd tanda tanya kpd ahli keluargamu.. “

” Sayunya dengar sora mkcik.. Semoga dipermudahkan semua.. “

” Ya Allah sedih dgr.. Semoga dipermudahkan urusan kamu deen.. “

” Semoga acap dijumpai selamat..Ya Allah permudahkan lah.. “

” Sedihnya bila mak dia cakap nmpk mak tak kat sini Allah ya Rabbi semoga keluarga ini bertemu dengan acap lahaulawala quwatailabila.. “

Sila tonton video di bawah :

Video 1 :

Posted by Denny Lang on Sunday, March 31, 2019

Video 2 :

Posted by Denny Lang on Sunday, March 31, 2019

Video 3 :

Posted by Denny Lang on Sunday, March 31, 2019

Posting Saudara Denny Lang sebelum ini :

” Ashraf dik.. Nmpak tak sapa kat sini.. Mak naik sampai puncak dik.. Kuat kan.. Adik acap pun kene kuat la eh.. Balik tau.. “

Sama-sama kita doakan Acap kembali kepangkuan ibu dan keluarganya dalam keadaan selamat. Ya Allah, jagakan Acap walau di mana dia berada. Semoga dia bertemu kembali dengan keluarganya Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Silakan SHARE..

Sumber : FB Denny Lang by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..