” Abang Zizan okay tak tu. Macam tengah tahan sak1t perut je.. ” – Netizen

Video Zizan Razak Miming Lagu Dato’ Siti Nurhaliza, Indah Percintaan. Dah Kenapa Muka Pel1k Semacam Tu Zizan. Lucu !!

Siapa tidak kenal pelawak terkenal, Zizan Razak. Namanya dikenali ramai kerana lawak jenakanya dan personalitinya yang ceria dan sentiasa gembira. Zizan juga merupakan anggota kumpulan Jozan iaitu gabungan beliau bersama Johan Raja Lawak.

Suka menghiburkan hati peminat, Zizan juga aktif sebagai pelakon. Banyak bergandingan bersama pelakon Shaheizy Sam dalam filem Police Evo yang sudahpun keluar dengan beberapa sekuel. Ianya menaikkan lagi nama Zizan dalam dunia seni hiburan tanahair.

Zizan juga ada bakat dalam bidang nyanyian. Sudah keluar dengan beberapa buah single sebelum ini, Zizan terus aktif sehingga sekarang. Beliau juga berbakat menjadi pengacara dan sudah beberapa kali diundang sebagai hos rancangan MeleT0P.

Menerusi akaun Instagram, Zizan Razak telah berkongsikan satu video yang memaparkan aksinya miming lagu popular Dato’ Siti Nurhaliza berjudul ‘Indah Percintaan’. Dengan penuh perasaan, mimik muka dan penghayatan Zizan itu nampak lucu. Buat hal la Zizan ni.

Jom tonton video di bawah :

Gaya Zizan ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Ya Allah abangggg. Kacip kasar ni hahahahaha. bong0k la zan.. “

” Tak dok keje abe zizan kito ni. Nasib kete tinted gelap hahaha.. “

” Abg zizan okay tak tu. Cam tengah tahan Sak1t perut je.. ”

” Dah bkpo gtu 2 zang weh. Ya Allah mengelet1snyaaaa zizang.. “

” Zizang buat MV lagu tokti ke ? Hahaa macam ul4t gend0t daa aku tengok.. “

Buat perangai betul la Zizan. Miming tu sikit lagi nak kant0i tak hafal lirik haha. Apa pun, aksi yang menghiburkan Zizan. Kalau lah Dato’ Siti tengok gaya Zizan ni, apa agaknya reaksi Dato’ Siti ye. Apa pun, semoga Zizan sentiasa ceria dan berjaya selalu dalam kerjaya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak, IG Dato’ Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..