” Abang, sebelah ni MAK abang ya ? “

Tegur Seorang Lelaki Yang Duduk Di Sebelahnya, Jawapan Lelaki Itu Buat Muka Dato’ Fazley Yaakob Kecut Dan Terkedu. Alahai Malunya !!

Siapa tidak kenal penyanyi terkenal, Dato Fazley Yaakob. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini ciptaan komposer terkenal Ajai benar-benar menaikkan namanya. Dato Fazley mula berjinak-jinak sebagai pakar motivasi apabila beliau berjaya memperolehi ijazah kedoktoran di Universiti Utara Malaysia(UUM).

Memandangkan minatnya di dalam bidang masakan dan kulinari, beliau pernah menyertai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012 dan berjaya dinobatkan sebagai juara. Bertitik tolak dari situ, Dato Fazley berusaha mendapatkan pelajaran di Le Cordon Bleu dalam jurusan kulinari dan telahpun lulus dengan cemerlang.

Pencapaian cemerlang itu diteruskan dengan membuka restorannya sendiri bernama SukaSucre Bistro yang mana restorannya menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan “From Rembau to Paris”. Kini perniagaannya itu semakin dikenali ramai dan mendapat pujian kerana masakan yang enak dan lazat.

Menerusi akaun Instagram, Dato Fazley telah berkongsikan kisah memalukan yang terjadi pada dirinya di sebuah restoran. Beliau tersalah sangka seorang dan membuat tanggapan yang salah pada personaliti seorang wanita yang duduk bersebelahan mejanya. Disangkakan ibu rupanya isteri.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Maaf sangat huhuhu!.. ” 

View this post on Instagram

Maaf sangat huhuhu! 😭😭😭

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen ini. Antara komen-komen netizen :

” Tak dapat nak nolong.. “

” Hahaha gotcha! Next time don’t say it out just keep it to ur self. Or don’t finish ur sentence.. “

” Serius pernah kena. Guard dekat kawasan perumahan ingat saya kakak suami.. “

” Untuk lebih Safe lepas nie tanya je. Nie sape hehehe.. “

“Tak taw nak ketawa ke nangis.. “

” HAHAHHAHA oh my god abang. Siannyaaaaaaaaa.. “

Tak boleh nak bayang betapa malunya saat itu. Mesti muka Dato Fazley merah menahan malu. Tapi itu normal kerana kejadian sebegitu memang selalu terjadi di mana-mana sahaja. Hehe.. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato Fazley sentiasa maju di dalam perniagaan dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato Fazley Yaakob by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..