” Abang penyayang Yusuf ni, untung Alisa. He will be you protector just like your daddy.. “
Video Yusuf Iskandar Ajak Adiknya, Alisa Aisyah Keluar Mencuit Hati. Sayang Betul Nak Tinggal Adik Dia. So Cute !!
Siapa tidak mengenali pasangan sensasi Haniza Zalikha dan Hairul Azreen. Terkenal dengan sifat rendah diri dan ramah mereka, pasangan selebriti ini disenangi ramai peminat. Maka tidak hairan lah segalanya yang berkaitan dengan kehidupan mereka menjadi perhatian peminat.
Pasangan ini dinikahkan pada 8 Jun 2015. Hasil pernikahan ini, mereka dikurniakan sehingga kini dua orang cahayamata yang amat comel diberi nama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Kehadiran Yusuf dan Alisa menyerikan lagi kehidupan rumahtangga pasangan ini.
Baik Yusuf mahupun Alisa, mereka mempunyai ratusan ribu pengikut di akaun Instagram masing-masing. Kepopularan 2 anak kecil ini sering di jadikan buah mulut peminat melihat kepada personaliti dan cara percakapan mereka.
Mewarisi sifat lemah lembut dari ibunya, Yusuf dilihat sebagai seorang anak kecil yang berhemah dan amat bijak menghormati orang yang lebih tua darinya. Sifat penyayang Yusuf semakin terserlah dengan kehadiran adiknya Alisa. Selain bijak menyusun kata-kata, sikap bertolak ansur dan berhemah Yusuf sering mendapat pujian peminat.
Menerusi akaun Instagram, Hanis Zalikha berkongsi satu rakaman video dimana kelihatan Yusuf sedang bercakap dengan adiknya Alisa. Telatah comel Yusuf mengajak adiknya untuk ikut bersaa-sama keluar mencuit hati peminat. Yusuf sememangnya terdidik dengan sifat penyayang sejak dari kecil lagi.
Jom tengok video di bawah :
” Bila kita tak bawak adik dia, “Do you want to come too? She said yes!”. @theyusufiskandar @thealisaaisyah .. “
Rata-rata netizen yang terhibur dengan telatah Yusuf meninggalkan pelbagai komen. Antara komen-komen netizen :
” Abang yang penyayang… Cute.. “
” Yusuf dah big boy and sayang adik.. “
” Goodboy betul yusuf ni. Sayang sangat dekat adik dia.. “
” Abang penyayang yusuf ni…. Untung Alisa.. He will be you protector just like your daddy.. “
” Alahai goodboy nya abang yusuf ! Mesti sedih kalau keluar jalan tak bawak adik dia.. “
” Omeynye awakkk berdua. Follow perkembangan yusuf dari baby. Sekarang dah big boy dah. Take care of your sis sayang.. “
” Dia tanya dia jawab hahahahhahahahah eeeeeee ger4m aku.. “
” Sayangnya dia kat alisaaaa.. Too cute!.. “
” You are amazing big bro yusuf.. So smart.. “
” Dia tolong tanya, dia jawab kan sekali. Sayang nak tinggal adik ea yusuf.. “
” Alololo.. Tak sampai hati abang nak tinggalkan adik.. Comeeyyyy je.. “
Terserlah kebijaksanaan dan sifat penyayang Yusuf. Walaupun usianya masih muda,masih digelar anak kecil namun didikan dari ibu dan ayahnya nyata terserap rapi di dalam diri. Beruntunglah adiknya Alisa ada abang yang penyayang.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keakraban dua beradik ini berkekalan selama-lamanya dan Yusuf boleh menjaga Alisa sehebat ayahnya. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..