Abang dan adik ini telah terpis4h selama 65 tahun tetapi mereka akhirnya dapat bertemu semula dengan bantuan seorang kanak-kanak 7 tahun

Kita selalu membaca tentang bagaimana seseorang mencari saudaranya yang terpisah semenjak lama. Ayah mencari anak, anak mencari ibubapa, adik mencari abang dan sebagainya demi untuk bertemu kembali seseorng yang telah lama terpis4h.

Begitu juga dengan kedua beradik ini yang telah terpisah selama 65 tahun. Kerana ketiadaan ibubapa, kedua beradik itu telah dihantar ke rumah anak-anak yatim tetapi mal4ngnya kedua mereka telah terpis4h dan dihantar ke rumah anak-anak yatim yang berlainan.

Kanak-kanak tersebut Clifford Boyson terpisah dengan kakaknya Betty Billadeau dan ditempatkan di rumah anak yatim yang berbeza dan semenjak itu mereka telah tidak bertemu sehinggalah 65 tahun kemudian…

Clifford dan Betty sebenarnya selama ini  berusaha saling mencari, tetapi usaha itu tidak pernah berjaya. Mereka telah meminta bantuan dari kerajaan tetapi tidak ada yang bersedia untuk membantu mereka. Clifford berfikir mungkin dia tidak akan bertemu dengan kakaknya lagi.

Sehinggalah suatu hari, Eddie Hanzelin, anak jiran Clifford yang berumur 7 tahun. Eddie ingin menolong Clifford mencari kakaknya itu dan dia telah mencari namanya melalui Facebook.

“Tidak ada yang mahu membantu sehinggalah saya bertemu dengan Eddie,” kata Clifford dengan bahagia. Eddie merasakan yang Clifford berada dalam kesunyian dan tidak ada yang menemaninya. Dia baru mengetahui kisah lelaki itu yang mencari kakaknya dan ingin membantunya.

Eddie menggunakan akaun Facebook ibunya dan mencari nama Betty disana. Dia menjumpai sebuah akaun Facebook dengan nama Betty yang menunjukkan gambar Clifford ketika masih kecil yang pernah dilihatnya sebelum itu. Eddie lantas memberitahu ayahnya tentang perkara itu.

Setelah bapa Eddie melihat gambar pada akaun Facebook itu, dia segera menghubungi Betty dan memberitahu yang adiknya masih ada dan ingin menemuinya. Bapa Eddie telah merncang pertemuan semula kedua beradik yang telah terpish selama 65 tahun itu.

Setelah segala usaha, dengan bantuan seorang kanank-kanak 7 tahun, dkedua beradik ini dapat bertemu kembali dalam suasana yang sungguh mengharukan

Clifford telah menyatakan hasratnya untuk membawa Eddie ke Disneyland yang belum pernah dia pergi. Dia sangat berterimakasih kepada Eddie dan keluarganya kerana dapat bertemu juga dengan kakaknya.

Pertemuan yang sangat mengharukan. Bayangkan terpisah semasa kecil dan bertemu kembali setelah 65 tahun.  Sememangnya sebuah perasaan yang tidak dapat dibayangkan.

Anda Boleh tonton VIDEO pertemuan dua beradik yang mengharukan di bawah ini

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber: Youtube