” Aafiyah ikut SOP KKM la Ibu sayang.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Menyuruh Dato’ Siti Nurhaliza Pakai Hand Sanitizer Sekembali Dari Membeli Barang. Alahai Pandai, Sayang Sangat Ibu Dia. Part Ci0m Tangan Tu Comel !! 

Sebut sahaja nama Siti Aafiyah, pasti semua mengenali anak kecil ini. Anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa ini cukup popular di kalangan peminat. Aafiyah kini sudahpun berusia 2 tahun.

Aafiyah semakin petah bercakap dan pandai mengikut arahan ibunya. Banyak gelagatnya dikongsikan Dato’ Siti dan pengasuhnya Dayah di akaun Instagram mereka. Suka menyanyi dan menari, Aafiyah semakin menunjukkan minatnya itu.

Iya lah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sedikit sebanyak pasti dar4h seni mengalir dalam tubuh Aafiyah. Gelaran ‘Aafiyah anak ibu’ amat sinonim dengan Aafiyah. Sering mengikuti Dato’ Siti ke majlis khas dan sesi photosho0t buat Aafiyah pandai menyesuaikan diri dengan orang sekelilingnya.

Meninjau akaun Instagram Aafiyah Khalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aafiyah menyuruh Dato’ Siti menggunakan hand sanitizer setelah pulang dari membeli barang. Lagak bijak Aafiyah itu buat Dato’ Siti tertawa.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Aafiyah ini meraih perhatian ramai peminat. Antara komen-komen mereka :

” Aafiyah ikut SOP KKM la Ibu sayang.. “

” MasyaAllah smart girl. Pandainya aafiyah.. “

” Pandai comel suma ada aafiyah ni haih xblh move on tgk gelagat dia.. “

” Kengkadang skali lalu dengar suara aafiyah ni mcm upin ipin.. hehehe.. comel.. “

” SubhanAllah pandai nya. Cute, bijak.. suka tngok keletah aafiyah ni.. “

” Comel sgt hehehe. Wanginya.. bijak bijak bijak.. “

Pandai je Aafiyah hulur hand sanitizer bagi Dato’ Siti. Dengan Aafiyah sekali cuci tangannya. Gaya berlari terkedek-kedek suruh ci0m tangan wangi tu comel je. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Aafiyah sentiasa ceria di samping keluarga tersayang dan membesar menjadi anak yang solehah dan pintar. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..