” Aafiyah cerdik, tapi macam dip4ksa je, gara-gara nak record video bagai.. “

Video Aafiyah Belajar Solat. Tapi Ada Je Yang Tak Kena Di Mata Netizen. Alahaiii, Cuba Tengok Betul-Betul Mana Ada Kena P4ksa. Comel Lagi Ada La.. !!!

Tidak perlu diperkenalkan lagi penyanyi Nombor 1 di Malaysia ini. Sebut sahaja Datuk Sri Siti Nurhaliza, pastinya ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja memiliki kecantikan semulajadi, malah sikapnya yang lemah lembut dan bercakap penuh sopan ini menjadikannya sangat disenangi untuk didekati.

Umum mengetahui Datuk Sri Siti Nurhaliza telah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Siti Aafiyah. Keletah Aafiyah yang manja dan bijak, membuatkan ramai yang terhibur.

Kehadiran Aafiyah sangat memberi makna kepada keluarga Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Penantian selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya hadirlah Aafiyah sebagai penyeri dan keceriaan. Anugerah terindah yang tidak ternilai buat keluarga ini.

Terbaru, menerusi laman Instagram Aafiyah Khalid, sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Aafiyah sedang belajar solat dengan ibunya Datuk Siti Nurhaliza. Kedengaran juga suara pengasuh Aafiyah turut berada di situ membantu Aafiyah belajar solat.

Di awal video tersebut, kelihatan Aafiyah menangis. Kemungkinan Aafiyah ingin minum susu. Namun begitu ibunya meminta Aafiyah belajar solat dahulu. Aafiyah sangat mendengar kata. Apa sahaja yang diajarkan, Aafiyah mengikutinya  dengan baik sekali.

Ini sedutan daripada video tersebut :

” Allahuakbar.. “

” Ok cepat baca doa.. “

” Sujud.. sujud..  Pandai.. “

Namun begitu, ada ada juga netizen mengatakan seolah Aafiyah dip4ksa untuk belajar solat. Sebenarnya Aafiyah bukan dip4ksa. Aafiyah seronok sangat belajar solat. Ini screenshoot komen yang mengatakan Aafiyah kena p4ksa belajar solat. Alahaii netizen.. netizen..

Alahai comelnya Aafiyah. Jom lihat bagaimana Aafiyah belajar solat dlam video di bawah ini :

” Alhamdulillah #aafiyahanakibu.. “

Rata-rata peminat dan Pengikut di laman Instagram Aafiyah Khalid memuji kecomelan dan kepandaian Aafiyah. Ini antara komen-komen mereka :

” MasyAllah chomelnya Aafiyah cute sesngt.. “

” Alhamdulullah, sejuk mata memandang.. “

” Pandai penjaga aafiyah didik aafiyah. Satu2 dia ajr.. “

” Comel semoga Aafiyah dan ibu Aafiyah sentiasa dalam jagaan Allah s.w.t.. “

” Subhanallah.. Pandai aafiyah.. “

” Subhanallah.. Alhamdulillah.. Semoga jadi ank solehah Aamiin.. “

” Pandai ya aafiyah.. Moga besar jd anak yg solehah.. “

” Afiyah sebut Allah x pelat. MasyaAllah.. “

” Massha Allah tabarrakalloh Adik afiyah cantik solehah.. “

” Ya Allah comeynya @aafiyahkhalid, moga membesar jd anak solehah ya syg.. “

Pandainya Aafiyah solat ye. Tahniah Datuk Siti Nurhaliza mendidik anak dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Sememangnya peranan orang tua dalam mendidik anak sangat besar. Tanpa mereka, tidak ada yang menjaga dan mendidik kita dengan baik dan penuh kasih sayang.

Kami di Berita Kopak mendoakan Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Datuk Siti Nurhaliza, Aafiyah Khalid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..