“8 tahun kita bersusah payah untuk jalankan hidup, ingat tak dulu gaji kau hanya 600 sebagai pekerja pam minyak, tapi kita ikhtiar sebab kau takde pendidikan.

Betul kata orang, Wanita diuji saat lelaki tiada apa2, Dan lelaki diuji ketika memiliki segalanya.”

Di sebalik kelembutannya, wanita sebenarnya seorang yang mempunyai semangat tabah dan kuat menghadapi pelbagai ujian. Begitu juga dengan kisah wanita ini yang menceritakan tentang nasibnya yang mempunyai seorang suami yang lupa tentang segalanya selepas mengecapi sedikit kesenangan.

Kisah yang begitu mengharukan itu mendapat perkongsian dan komentar yang ramai dari para netizen. Rata-rata netizen menyifatkan beliau sangat kuat menghadapi ujian tersebut dan kagum dengan semangat beliau yang kuat.

Mari kita baca Perkongsian beliau seperti di bawah

Selamat pengantin baru suamiku…

Tiada lagi khidmatku sebagai seorang isteri dalam hidup mu, aku redha kalau ini ketentuan… Allah tau apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku…

8 tahun kita bersusah payah utk jalankan hidup, ingat tak dlu gaji kau hanya 600 sebagai pekerja pam minyak. Tetapi kita ikhtiar sebab kau tiada pendidikan. Aku suruh kau buat lesen lorry (GDL) dan masa nak test tu kita belajar sama2, aku bantu kau hafal dengan harapan kau boleh lulus lesen tu, alhamdulillah akhirnya kau lulus.

Dan bermulalah kehidupan kita sedikit selesa dengan gaji kau dalam 2 ribu lebih masa tu, aku pun bantu kau dengan bekerja di luar.

Kau ingat tak, lepas aku mel4hirkan anak kedua aku diuji bila kau ada wanita lain, aku tengah berpantang hari ke 9. Dalam pantang tu lah aku mereb0t kau dari wanita tu tanpa aku hirau kesihatan aku, dan dengan izin Allah kau kembali pada aku.

Kau ingat tak, Motor yang banyak berkhidmat dengan kita, meredah panas hujan dlu, sebab kita tiada kereta masa tu.

Sekarang kau dah tukar kerja dan berjaya, gaji kau dah 7 ribu,. kau suruh aku berhenti kerja supaya aku boleh habiskan masa aku dengan anak2 kita. Kau pun dah pergi umrah, walaupun tanpa aku.

Betul kata orang, Wanita diuji saat lelaki tiada apa-apa, Dan lelaki diuji ketika memiliki segalanya.

Masa aku mengand0ng 7 bulan Allah tunjukkan lagi perilaku kau menduakan aku. Aku beranikan diri jumpa perempuan tu dengan harapan tolong lepaskan suami aku, tapi perempuan tu tak nak sebab dia berpegang janji kau pada dia yang kau akan bernik4h dengan dia lepas aku bersalin nnti.

Aku puutus harapan masa tu, tapi berkali kali kau yakin kan aku yang kau taknak kat dia. Kau hanya ada aku dan kau akan lepas kan dia. Aku ingat semua tu betul

Akhirnya terb0ngkar semua bila aku dapat tau kau dah bernikah dengan orang lain, semua adik beradik dan kawan2 kau tau kecuali aku. Anak aku yang kecik baru berumur 3 bulan. Semua suruh aku bertahan kat rumah tu, dan malah ada yang kata biarlah kau berkahwin asalkan kau adil.

Ada yang kata jangan bagi tau pada keluarga aku dlu. Banyak nasihat dari pada pihak kau utk aku. Akhirnya aku ambik kekuatan utk bagi tau keluarga aku, dan reaksi pertama mak aku MEN4NGIS….

Mak yang mel4hirkan aku menangis teresak2, dan tak puutus2 berkata kau lelaki kej4m. Sekarang aku ada di rumah mak aku, banyak benda yang perlu aku lakukan. Apa yang berlaku biarlah berlaku.

Aku kenake pejabat agama, aku kena bekerja semula, banyak lagi lah benda aku kene buat. Ibarat aku kena mula dari bawah lagi.  Aku adalah dari keluarga bercer4i ber4i, ayah aku tinggalkan aku dlu masa aku kecik dah akhirnya aku masih hidup sampai sekarang walaupu hanya mak aku yang jaga aku.

Itulah yang aku pegang sekarang. Walaupun aku dah ada anak tiga yang masih berumur 7 tahun, 4 tahun dan 3 bulan aku berharap aku boleh jadi mcm mak aku yang boleh jaga anak2 dia tanpa suaminya dlu.

Aku tak minta simpati atau aku bukan nak 4ibkan orang lain ataupun diri aku sendiri. Yang aku minta tolong doakan aku semoga aku kuat teruskan kehidupan aku.

Untuk kau, aku doakan kau bahagia dan berhentilah s4kitkan hati wanita berkali2.

Begitulah luahan hati wanita ini yang menceritakan kisah hidupnya yang mengharukan. Untuk lelaki di luar sana, ingatlah wanita yang bersama-sama sewaktu kita susah, bukannya mencari wanita yang memilih sewaktu kita senang.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Facebook