” 20 kali ulang duk ghenggah gelak sampai meleleh ayaq mata hahaha adoiii.. “

Gelagat Shiha Zikir Sebut Huruf ‘S’ Sampai Menyembur Air Liur Menyakat Ibunya Buat Ramai Gelak Besar !!

Shiha Zikir atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir sangat terkenal di Indonesia dan pernah menyertai Dangdut Academy Asia 2015. Shiha juga pernah menjadi anak didik Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dalam program Mentor.

Selain itu Shiha yang selalu menyanyikan lagu tradisional ini juga pernah berlakon dalam beberapa Drama tempatan iaitu Terukir Di Bintang, Bujang Sepah Lalalitamplom, Gerak Khas, Sutun, Kilauan dan Tak Beli Tak Cinta.

Baru-baru ini Shiha muncul dalam rancangan Bintang Mencari Bintang 2019 bergandingan dengan Sharif dalam sketsa yang bertemakan Bollywood yang mengisahkan pasangan bercinta yang tidak direstui oleh keluarga.

Apa yang menariknya, watak Shiha yang ‘ting tong’ yang suka merapu dan merengek dalam persembahan ini membuatkan ramai yang terhibur. Persembahan Shiha membantu Sharif memenangi wang ‘kepok’ bernilai RM10 ribu pada malam itu.

Mimik muka yang melucukan dan watak yang bersahaja, lakonan Shiha mendapat pujian ramai. Dengan perwatakan Shiha di luar yang lemah lembut, tak sangka pandai juga Shiha melawak. Ingatkan pandai menyanyi sahaja.

Menerusi akaun Instagram, Shiha memuatnaik beberapa video sedang menyakat ibunya. Dalam video ini Shiha sedang berbicara dengan ibunya. Apa yang menariknya, cara Shiha membunyikan huruf ‘S’ membuatkan ibunya terkekek-kekek ketawa.

Untuk pengetahuan, Shiha sengaja menyebut huruf ‘S’ seperti menembur air liur untuk melihat reaksi ibunya yang terhibur dengan telatahnya. Pandai Shiha mengambil hati ibunya. Malah gaya Shiha bercakap sedemikian turut membuatkan peminat terhibur menonton video berkenaan.

Jom tonton video di bawah :

” Last2 sampai ke sudah tak dapat jawapan.. Saja nyakat mak. Seboleh2nya cari ayat yang ada huruf ‘S’. Siapa sebut ‘S’ camni baik ngaku! #sisgurauje #shihamum.. “

(Klik kanan untuk menonton video yang seterusnya.. )

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Shiha menyakat ibunya. Antara komen-komen peminat :

” @shihazikir adoii die ni kan buat lawak tauu. Mohon @shuibsepahtu @jepsepahtu klu ada runion sepah tu lg plzz amik shiha ketingtong nii.. “

” Paling pntg muka @shihazikir still mcm tu je x gelak padahal maknya dh gelak keseronokan dah kak situ… terbaikk.. “

” Ger4mmmm ehhhhh dgn muncung2 adoiiii nyembur dia sebut S tuhhhhh.. “

” Tak sangke @shihazikir nie kelakar sejak sejak kat Bintang Mencari Bintang tu hahahahaha.. “

” Hadoi bertuah sungguh anak mak ni mak. bole selamba mak dia tgah mengekek non stop tu.. “

” Seronok dengaq mak akak gelak. kak dah la cantik, suara sedap, kelakar aduh idola sungguh.. “

” 20x ulang duk ghenggah gelak sampai meleleh ayaq mata hahahahaha adoii.. “

Serius admin pun tergelak-gelak menonton video Shiha ni. Boleh jadi artis komedi juga Shiha ni, ada bakat besar rupanya. Bukan sahaja berbakat, tetapi Shiha juga seorang anak yang baik membahagia dan menghiburkan hati ibunya.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Shiha dalam karier. Semoga terus berusaha menghiburkan peminat-peminat semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiha Zikir by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..