” 1st Umrah completed. Semoga mabrur disisiNya Aamiin Ya Rabb.. ALHAMDULILLAH.. “

Norman Hakim Belanja Gambar Sekeluarga Selesai Laksana Umrah. Harmoni Keluarga Besar Ini Dicemb0rui Ramai !! 

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali dengan nama glamour nya Norman Hakim sememangnya terkenal sebagai Inspektor Harris di dalam drama kepolisan Gerak Khas. Dilahirkan pada 8 Januari 1976, anak kelahiran bumi Kuantan Pahang ini merupakan juara program Hero Remaja 1993/94. Memiliki ketinggian 1.8meter, susuk tubuh ini menjadi buru4n pengarah untuk mendapatkan khidmat lakonannya.

Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 1996, Norman terus mengintai peluang untuk terus bersinar sebagai bintang filem. Hanya pada Januari 2000, selepas kolaborasi bersama pengarah Dato Yusof Haslam menerusi filem Pasr4h menaikkan nama Norman. Nyata lakonan nya bersama aktress Erra Fazira meningg4lkan kesan dihati peminat. Bermula dari situ, namanya terus digilap dan menjadi bintang utama Gerak Khas The Movie.

Umum mengetahui, Norman pernah mendirikan rumahtangga bersama Abby Abadi pada tahun 2002 namun usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama 7 tahun. Hasil ikatan perkahwinan ini, Norman mempunyai 3 orang anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Selepas percer4ian tersebut, Norman memulakan hidup baru bersama Memey Suhaiza yang juga seorang pelakon drama. Menerusi perkahwinan terbaru nya ini, Norman dikurniakan 3 orang cahayamata. Hubungan pasangan Norman-Memey dan Abby-Jai menjadi akrab dan sering menghabiskan masa bersama-sama. Seringkali dilihat di akaun Instagram mereka dimana kegembiraan dan kebahagiaan nyata terpancar diwajah masing-masing.

Menerusi akaun Instagram, Norman memuatnaik gambar mereka sekeluarga baharu sahaja selesai menyempurnakan umrah mereka yang pertama. Rombongan umrah ini juga disertai oleh kesemua anak-anak mereka. Beruntung sungguh anak-anak ini mempunyai ibu ayah yang penyayang dan pemaaf.

Baca perkongsian Norman di bawah :

” 1st Umrah completed. Semoga mabrur disisiNya Aamiin Ya Rabb.. ALHAMDULILLAH.. “

Rata-rata peminat gembira dan terharu dengan kebahagiaan keluarga besar ini. Antara komen-komen peminat :

” Ya Allah seronoknyaa.. Moga tahun depan giliran kami sekeluarga pula. Ameen ya Allah.. “

” Alhamdulilah.. Semuga kelurga ini dilimpahi rahmat Allah.. “

” Nice family.. Semoga mendapat umrah yg mabrur.. “

” Ya Allah jadikan kedua keluarga ini penghuni syurga.. Aamiin.. “

” Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan… Doakan buat kami semua disini.. Agar dapat pi kesana nanti.. “

” Alhamdulillah.. Bestnya.. Doakan kami jugak dapat sampai kesana nanti.. “

” Moga kalian dberi kesihatan yang baik dimudah kan urusan mendapat umrah yang mabrur serta selamat kembali aamiin.. “

Bahagia melihat keluarga besar ini. Seharusnya mereka mendapat pujian kerana masing-masing bijak menangani persengket4an lama dan tidak terus membenc1. Kasih sayang yang ditonj0lkan di antara mereka benar-benar menyentuh hati peminat di seluruh tanahair.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga besar Norman Hakim ini diberikan kebahagiaan yang berpanjangan dan moga terus menjadi inspirasi untuk pasangan-pasangan lain.. Aaminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Norman Hakim by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..