” 1st time tengok kucing scan, halah-halah comel sangat.. “

Fynn Jamal Kongsi Foto Kucing Yang Telah Di Scan Kandungannya. Alahai Comelnya, Kemain Lagi Siap Pergi Scan Yer. Jom Lihat Berapa Ekor Semuanya Dalam Perut Kucing Tu !!!

Fynn Jamal merupakan selebriti tanah air yang menceburi pelbagai bidang seperti nyanyian, penulisan kreatif, dan juga perniagaan. Kerjaya Fynn Jamal bermula sebagai penyanyi, pelakon teater, penulis lirik dan penerbit muzik. Fynn Jamal juga memiliki perniagaan barang jenamanya sendiri.

Namun kini, Fynn Jamal lebih selesa menjadi pendidik, motivator, penulis dan pereka fesyen muslimah. Fynn Jamal sangat berkemahiran dalam penulisan kreatif dan setiap karya yang Fynn hasilkan memberi kesan kepada pembaca dan pendengar.

Fynn Jamal sering dijemput untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahannya kepada mentauhidkan Allah, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah sosial yang melibatkan remaja seperti kehamilan dan peranan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak Aut1sme.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya Fynn Jamal telah memuat sebuah posting. Posting tersebut memaparkan gambar-gambar Fynn Jamal sedang berada Woorack Pet Studio melihat kucing bernama Bella yang telah melakukan imbasan kandungan.

Dengan kapsyen ringkas sahaja dapat mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Fynn tersebut. Setelah membuat pemeriksaan kandungan dengn menggunakan imbasan terpampang di dalam skrin terdapat lima ekor di dalam perut ibu kucing yang bernama Bella itu.

Menurut Fynn lagi, beliau tidak sabar menantikan kehadiran anak-anak bulus ini. Dengan berseloroh bertanya bagaimana hendak membahagikan kepada dua bahagian dengan Woorack Pet Studio. Untuk makluman kucing Fynn bernama Boabab telah dikacukkan dengan kucing Woorack Pet Studio beberapa bulan yang lalu.

Ini kucing Fynn Jamal yang bernama Boabab.

Boabab bersama Bella.

Di bawah ini adalah posting tersebut

” Lima. Cane nak bagi dua nehh @woorackpetstudio_official??! hahaahah. tazabarnyaaaaaahh.. “

Rata-rata pengikut-pengiku di laman Instagram Fynn merasa teruja dan juga tidak sabar ingin melihat anak-anak kucing tersebut. Ini antara komen-komen mereka :

” 1st time tgok tucin g scan bby.. Halah2 comeiii.. “

” Takpe mamiiihhhh satu bagi ke i, lagi empat bagilah sama rata engkorang. On tak macam ni mamihhh oiii.. “

” Kemain siap scan. Comel.. “

” Mamii ambik laaa sepasang anak nye.. yg cecomel huhuuu.. “

” Tak sabar nengok baby abab dan bellA.. “

” Waaaaaa.. Excitednyaaaa.. 5 ekor tuh.. Congrats baobab.. “

” Semoga sihat dan selamat semuanya.. nak tengok ape gupe mereka tuuu.. “

Woorack Pet studio juga memuat naik posting yang sama di laman Instagramnya.

Alahai comelnya, memang tak sangka kucing pun boleh scan perut dan kandungan yer. Kami di Berita Kopak mendoakan kucing bernama Bella dapat melahirkan anak-anaknya dengan selamat. Tahniah Fynn Jamal atas kehadiran ‘cucu’ yang baru.

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fynn Jamal, Woorack Pet Studio By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..